Pages

Thursday 22 September 2016

Kisah ragam anak.

Bila anak meragam ni, mama paling risau.

Saya tak tahu kenapa anak-anak saya (Delisha dan Adib) jenis yang dua-dua meragam masa peringkat baby ni (setahun kebawah). Saya masih ingat Delisha dulu meragam paling hebat. Semua orang dia tak nak termasuklah babah nya. Dia hanya mahukan saya sahaja! Mama nya! Masa tu kalau nak mandi, masak, solat, makan, memang semua buat express!! Sebab Delisha dah teriak tahap teruk. Walaupun babah nya dukung, pujuk, main memang dia taknak lansung! Lansung taknak! Apatah lagi dengan atuk, wan dan opahnya. Memangla menangis tak berlagu.. Even kalau hantar pengasuh pun, memang dia hanya nak dengan pengasuh tu je. Saya panggil kak Pah. Dengan anak-anak kak Pah pun dia taknak. Allah kesian kak Pah. Selalu mengadu penat jaga Delisha. Tapi nak buat macam mana, itulah budak kecik. Makin lama makin pandai. Bila dah pandai kenal orang, mula lah dah pandai memilih orang kan..? Tapi episod tu hanya berterusan selama setahun je. Bila Delisha dah pandai berjalan, Alhamdulillah, dia dah nak dengan orang, dia dah pandai bermain dengan babah nya. Almaklumlah baru dapat kaki. Seronok berjalan sana-sini. Time tu, mama nya pun dia dah tak kisah dah.. 
And now episod ni berulang kembali. Di mana Adib pun sama. Tapi Adib kurang meragam dari Delisha. Dia tak kisah dengan orang (certain orang dia kisah jugak). Tapi dia masih nak dengan babah nya, atuk, wan , opah nya, dan orang-orang yang familiar. Misalnya kalau saya nak solat, mandi, masak bagai, babah nya masih boleh kawal Adib. Tapi Adib ni masih ada perangai meragamnya bila mana dia nak orang sentiasa ada dengan dia. Kalau kita tak main dengan dia, atau tinggalkan dia, mula lah menangis, teriak! Adib ni jenis kalau teriak macam tak ada esok! Semahu-mahu kuat suaranya! Siap meneran-neran lagi. Menjerit macam kena dera. Haiii... Takpelah, itu lah nama nya anak kan? 
Tapi bila pengasuh Adib dah taknak mengasuh Adib lagi, saya sedih. Tak tahu kenapa. Bila dia kata dia taknak mengasuh Adib sebab Adib jenis kuat menangis, teriak, saya sedih.. Saya tahu dia tak larat jaga 2 orang budak. Yang lagi seorang pun baru umur setahun yang baru nak belajar berjalan. Bila dua-dua meragam, memang tak larat dibuatnya, Saya yang jaga Adib seorang pun, saya tak larat inikan pulak jaga dua orang budak yang nak membesar dengan pelbagai ragam.. Saya faham. Bila dia kata dia tak larat nak jaga Adib, saya faham. Tapi tak tahu kenapa jauh di sudut hati saya, saya sedih.. Bila dia bagitahu dah tak nak jaga Adib, saya tahan air mata saya jangan jatuh. Tapi sampai je kat kereta, Allah banjir....... Sedih bila dia tak nak jaga Adib. Sedih bila kenangkan Adib yang suka sengih (tak padan dengan kuat ragamnya).. Sedih bila nak kena cari pengasuh baru yang nak jaga Adib (entah boleh atau tidak dia tahan perangai Adib)..  Tapi bila saya letakkan diri saya ditempat kak Ju pun saya faham. Bila dia kata tak larat sebab jaga dua orang budak.. Saya faham. Tapi sedih.. Mungkin sedih sebab saya berharap yang kak Ju boleh tolong jaga Adib sampai Adib besar. Mungkin juga sedih sebab saya memang senang sangat dengan cara kak Ju jaga Adib.. Mudah bagi saya..
Cuma kalau kak Ju bertahan sikit.. siiiiikiiiiittt je lagi, memandangkan yang lagi sorang budak tu pun tengah bertatih nak berjalan. Bila dia dah pandai jalan, InsyaAllah, kurang ragamnya. Tapi takpe lah.. Saya redha. Saya faham bila dia kata tak larat. Maksudnya memang tak larat. Kita pun tahu perangai anak kita macam mana kan?
Cuma, saya sedih bila mengenangkan Adib yang bakal di jaga oleh entah siapa-siapa. Macam mana asuhan nya nanti. Ok ke Adib? Boleh ke pengasuh baru tu tahan dengan perangai Adib? Allah.. Saya hanya mampu berdoa yang terbaik buat anak-anak saya. Yang lain kita tawakal pada Allah.

Ni belanja sikit gambar Adib Daniel mama.





Friday 9 September 2016

Tazkirah diri

Assalamualaikum..
Semalam sy dikejutkan dengan pemergian anak kawan saya.. Iaitu pengasuh kepada anak saya, Adib..Saya panggil Kak Ju. Anak kak Ju meninggal sebab accident petang khamis. Anak no2. Saya tak berapa kenal anak dia. Tp kak Ju selalu bercerita tentang anak anak dia.. Tak silap saya, anak dia ni belajar di sekolah pondok, tahfiz.. Allahu.. Kagum saya.. Apa lagi yang kita harapkan sebagai ibu apabila anak kita membesar menjadi hafiz dan hafizah.. Tapi Allah lebih sayangkannya.. sempat juga kami ziarah semasa pemergian arwah di kg kak Ju di Padang Rengas, Perak. Semuanya tenang, lancar.. Pagi Jumaat kebumi. Hujan pun turun renyai renyai je.. Selesai solat jenazah di kampung, jenazah di bawa ke sekolahnya untuk solat jenazah bersama kawan-kawan dan guru sekolahnya.. Allah.. Apabila diri kita disayangi, pemergian kita akan ditangisi.. sebak hati melihat keluarga kak ju yang menangisi pemergian arwah..
Kadang diri ini sering terfikir, sungguh mati itu tidak mengenal usia.. Bila2 saja Allah boleh tarik nyawa kita. Semua ini hanya pinjaman. Semua bukan kita punya. Even anak2 kita, keluarga kita bukan kita punya. Semua ini pinjaman dan amanah Allah untuk kita. Sebelum ini pun kawan karib saya semasa di matrik KMPP, Ani, juga telah pergi meninggalkan kami. Ani kawan yang baik. Sungguh banyak kenangan kami bersama.. Pemergian Ani pun satu kejutan di mana tiba tiba kami dapat berita yang Ani kritikal di hospital. Sungguh sedih bila teringat yang sudah lama kami lost contact. Sungguh saya bukan kawan yang baik. Allah ampunkan dosa dosa ku.. Kadang sering terfikir,
adakah cukup bekalan untuk kita bawa ke sana? Betapa banyak dosa-dosa yang telah kita lakukan. Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa saya.. Allah kau berikanlah kepada kami husnul khatimah iaitu pemergian yang terbaik kepada kami.. semoga kami ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Amin..
kepada Kak Ju, saya doakan kak sabar dan redha atas pemergian anak kak..

Thursday 8 September 2016

Should I??

We plan to buy our 2nd house.. soo,

Should i or shouldn't i?

Tapi rasanya lebih pada should kot.. hehe.. Actually kami dh beli rumah kat Chemor dah. A semi-D house but because it is far from UTP and i have to drive around 1 hour everyday is soooo tiring... (gedik kan). Padahal dulu duduk KL boleh je drive 2 jam dengan traffic lagi.. huhu..

Hmm, I think this is strategic place since it is in batu gajah. Located in between Meru and UTP. My husband he works at Meru. So if i buy a house around sri iskandar which is nearer to UTP, tapi jauh pulak dengan my husband punya office kan.. lagi satu, sri iskandar mahallll kot rumah dia.. semi D pun dah dalam 400k ke 500k.. So macam mana? Lagi pun, rasanya tak rugi kan beli rumah? A semi-D house with rm260k i think it's okay kot.. Sebab my friend pun, he bought a house in Klebang, semi-D house jugak in year 2012 pun around that harga jugak.. but i got that in year 2016 kot?? boleh buat as investment i think.. so what say you?

Friday 2 September 2016

Cath Kidston anyone?

Pernah dengar cath kidston bag?

Actually saya pun baru je terjerumus (wah terjerumus kau!) dalam dunia cath kidston ni.. Well, apa yang saya suka basically adalah corak-corak nya.. Macam vintage sangat.. Cath Kidston ni is from UK.. So, it is well known in UK, tapi macam kurengg kat negara kita kan? Saya pun kawan yang bagi when she went to UK. Dia kasi as a gift, so dari situ saya tahu pasal Cath Kidston ni. Disebabkan ianya adalah from UK, for sure mahal kan? Kalau tengok kat Instagram, banyak je yang jual pre order bag Cath Kidston ni tapi ada yang original ada yang tak.. So, kena hati-hati.. 

So, saya pun nak tunjuk jugaklah kan my all time favourite bag.. Tadddaaaaaaaa...

1) This is Cath Kidston busy bag:-
This is actual captured by me.


Bag ni best sebab besar dan kau boleh sumbat segala macam benda dalam tu.. And beg ni ada long strap and short strap. So boleh gayakan dengan pelbagai gaya.. Tapiiii super best sebab ada banyak compartment yang tak serabut.. Selalu beg kalau ada banyak compartmen, kau akan rasa leceh sampai lupa barang kau kat poket mana satu kan? kat atas tu kau perasan tak macam ada ruang antara zip dengan bahagian depan bag tu? kat situ ada magnetic button kat kiri and kanan bag. so kau boleh selit segala benda tanpa buka zip pun. So best.. Tapi jangan la letak handphone or benda penting dalam tu, sebab dia takde secure zip pun.. Nanti tak pasal-pasal hilang pulak segala benda kan? 

2) Cath Kidston crossbody

Bag ni nampak je kecik, tapi besar jugak.. Tapi taklah besar sampai boleh sumbat semua benda. Kalau setakat benda basic dalam bag contoh wallet, handphone, kunci dengan botol baby yg Kevin pun sesuai sangat.. Hah, yang ini captured by me. My own bag.


Dalam dia macam ni. Best sebab ada zip jugak untuk secure benda-benda penting and poket untuk handphone jugak.. Ingat kosong je.. Tapi beg ni mmg best especially kalau nak keluar dekat-dekat and taknak bawa barang banyak-banyak, so beg ini tersangat lah berguna.


3) Cath Kidston mini wallet


Nama je mini wallet, ingat mini sampai takleh letak semua benda, tapi boleh letak la semua card-card yang penting.. Ada coin wallet lagi.. multi pockets sampai boleh utilise la semua poket-poket. Jap-jap, dalam wallet dia macam ni,


Nampak tak, dari card bank, ke lesen, ke IC and segala card boleh masuk. Poket atas sesuai letak duit kertas, and poket tepi tu boleh la letak duit simpanan, if nak sorok takut terlebih guna kan.. 

So, yeah, ini review saya tentang bags Cath Kidston saya. Anda macamana? 
Actually ada macam-macam corak. Boleh pilih corak lain yang anda minat. Macam saya suka yang vintage style, so suka bunga-bunga la kan.. Kalau tak suka bunga, ada juga polkadot macam bag crossbody saya tu.. 
Oh ya, mana saya beli? Saya beli online je. Dekat Instagram. Mula-mula saya beli busy bag and wallet. Bila barang dah sampai mmg ori, dan puas hati, so mmg terus beli dengan seller ni.. kalau repeat order boleh dapat diskaun. Ini seller yang jual beg antara yang termurah compare dgn yang lain..
Kalau nak beli, boleh beli dengan dia. Barang pre order terus dari kilang.. dapat dalam 10-14 hari bekerja. Claim barang original.. (katanya) wallahualam.. Macam mana nak tahu yang ori? Pendapat saya boleh tengok dekat tag Cath Kidston tu, zip and kualiti bag tu..

Saya beli di Intagram:

Insta: Jamijoandsons

Okeh, semoga ketemu lagi ya.