Pages

Wednesday 5 October 2016

Kisah ragam anak Pt2.

Remember my last post on kisah ragam anak?

Tentang siapa yang nak jaga Adib bila pengasuh lama dia (kak Ju) tak nak jaga Adib dah?

ok. meh nak citer.

So after kak Ju claimed yang dia dah tak larat nak jaga Adib, saya ada cari jugak some of pengasuh yang boleh jaga Adib. Of course I did mentioned on perangai Adib yang kuat meragam. So that she will understand and ready nak jaga. Tak lah, bila Adib meragam, menjerit nanti, dia terkejut pulak kan..
Saya jumpa seorang pengasuh ni, baik kakak ni. Dia pun volunteer nak jaga dan dia pun currently jaga tiga orang budak kecik. Yang paling kecil pun dalam 2 tahun. So just nice and okay kot bila Adib meragam nanti. At least dia boleh concentrate on just one baby. Kan? But the problem is her house quite far from mine. Tak lah jauh mana pun. Chemor - Chepor je. But the thing is, nak ke Chepor tu, dengan jem sebab traffic light pulak, tak sure Adib can behave or not. Hmmm.. Takpelah, tawakal je kan..
Then, bila dah jumpa pengasuh yang baru ni, tengok rumah pun okay, kakak ni pun jenis okay, so kitorang pun proceed je la.. because we have no choice.. Saya kalau nak cari pengasuh kena tengok rumah pengasuh ni mesti bersih dan kemas. Kalau rumah jenis bersepah, berhabuk, tak menyapu.. memang tak la.. And yang penting, anak pengasuh tu, mesti dah besar. Atleast dah sekolah.. Kalau anak dia pun masih kecil, memang susah sikit sebab dia pun nak jaga anak dia kan.. Nak jaga anak kita lagi.. So, kalau boleh taknak la beban kan dia..
A next day, masa last day Adib with kak Ju, kak Ju whats app bagitahu boleh tak kalau dia nak jaga Adib lagi. Maksudnya, dia nak mengasuh Adib lagi. Sedih katanya nak berpisah dengan Adib. Menangis-nangis sebab sedih berpisah dengan Adib.. Katanya macam hilang anak lagi.. Sebab anak kak Ju ni pun baru lepas meninggal masa raya haji haritu.. Saya pun faham jugak.. The truth is, saya sangat happy kot.. Yelah, kita pun dah biasa dengan kak Ju, Adib pun dah biasa dengan kak Ju.. Kita pun senang dengan cara dia kan.. Kak Ju tu pun baik..Tapi bila fikirkan janji saya dengan pengasuh yang baru tu, buat saya serba salah.. Nanti apa pulak kata dia.. Haritu dah janji nak hantar, tapi tak jadi pulak.. Apa pulak kata dia kan...
Then bila discuss dengan my mom, dia nasihatkan hantar je dekat kak Ju tu. Sebab dia pun dah willing nak jaga lagi.. Lagipun dia dah biasa dengan Adib, dan Adib pun dah biasa dengan dia.. Nanti takut bila kat tempat baru, suasana baru, orang baru, mahu Adib tak terkejut.. kan? Kesian pulak kat Adib.. Lagipun kita dah biasa dengan dia.. Rumah dia pun dekat.. Pasal pengasuh baru tu, kalau explain kat dia, mungkin dia faham..
Setelah dipertimbangkan, saya pun setuju kak Ju jaga balik Adib.. hehe.. Bila saya terangkan kat pengasuh baru tu, Alhamdulillah, dia okay.. Dia faham.. So, legaaaaa...Rasa kelakar pulak bila haritu beria-ia angkut semua barang.. Dengan buaian, beg baju Adib semua bagai.. Sekali tak jadi pindah pengasuh.. So, kena bagi balik semua kat kak Ju sebab dia still mengasuh Adib kan.. Huhu.. Alhamdulillah..
Harap Adib kurang ragamnya lepas ni.. Sempat juga saya pesan kat kak Ju, if Adib meragam lagi, harap kak Ju sabar la ya.. Kalau boleh taknak la dengar akak taknak mengasuh Adib lagi.. kesian Adib.. Hhehhe.. Dia gelak je.. Dia pun faham sebab budak-budak memang banyak ragamnya..
So sekarang Alhamdulillah kak Ju willing nak jaga Adib lagi.. So, no sad anymore..
Babai.

Adib Daniel 7th month..