Pages

Tuesday 29 November 2016

Itinerary Day 5- Everland (postpone). Shopping Gwanjang market, Dongdaemun, Insadong

Bila mana kau malas nak tulis tesis, tapi sangat rajin pulak nak tulis blog, kau rasaa?? macam nak campak diri sendiri je! bwerk ;p
Ok enough melalut. So, harini nak sambung cerita haritu tentang itinerary ke Seoul. Ok, So sambung intinerary hari ke 5 di mana kami pergi ke Everland. yearpppp! Actually memula rasa macam tak perlu kot nak ke sini. Satu sebab mahal, satu lagi sebab jauh. Tapi bila pikir-pikir balik, dah alang-alang sampai, takkan tak nak pergi kan? Eh, silap!! Ampun, sebenarnya kami ke Gwanjang market, Dongdaemun and Insadong pada hari 5. Sepatutnya memang kami ke Everland hari ke 5, tapi mengikut whether forecast, pada hari tu hujan! So, kami cancel plan, kami akan ke Everland pada hari ke 6 memandangkan hari ke 6 cerah katanya. So, kami tukar plan, hari ke 6 yang sepatutnya hari shopping, kami awal kan ke hari ke 5. See, nampak tak pentingnya check whether forecast dulu? Kalau tak, mahunya basah kuyup nanti bila ke Everland. Rugi beli tiket mahal-mahal.. 
So, hari ke 5, kami terus ke Gwanjang market. Kat sini, kebanyakannya orang nak shopping kain cotton korea. Murah jugak, 3 helai, 10,000 won dalam RM 37 la macam tu sehelai. Nak ke sini, kami naik teksi je sebab dekat sangat nak ke Gwanjang market ni dari hostel kami. Turun di Jongno 5 ga. Tapikan kat sini, ada jugak tempat makan  diorang. So, macam geli je bila nak lalu kawasan makan ni.. Nampak je hidung haiwan tu terhidang. Macam yukssss sangat,. 

Ini di Gwnajang market.

So, selesai di Gwanjang market, kami terus ke Dongdaemun, jalan kaki pun boleh sebab dekat jugak. Next stop je. Lagi pun sepanjang perjalanan tu lalu tepi-tepi kedai yang jual barangan murah jugak. Boleh la cuci mata.. Bila sampai Dongdaemun, kami macam blur jugak, mana marketnya? Nasib ada police tourist kat situ. Dia akan assist tourist, kalau nak pergi mana-mana. Sgt helpful, siap keluarkan map dan tunjuk kita kat mana dan mana tempat yang perlu dituju. So, rupanya satu Dongdaemun adalah marketnya bergantung nak cari barang apa.. Kalau nak shopping kain ada kawasan jual kain sahaja. Kalau nak baju, ada kawasan jual baju je.. Mula-mula ingatkan dalam market. Rupa2nya satu Dongdaemun tu ada lobok kedai murah. Tapi kami takla shopping sangat pun sebab tak tahu nak beli apa.. Jalan-jalan je la.. Oh, bila dah tengahari kat Dongdaemun kami tahu memang sangat popular dengan ikan bakar Dongdaemun. Tapi kami tak tahu pulak mana lokasinya, so bila tanya police tourist tu, dia tunjuk kat mana.. Rupanya dia kat area Dongdaemun, food stall.. Tapi bukan dalam food stall tu tau. Kat area food stall tu, ada lorong kecik, just for ikan bakar. So, masuk situ. Kalau tak tahu, tanya orang or police tourist tu. Dongdaemun fish grill. Diorang pandai speaking. Jangan risau.

Ikan Bakar Dongdaemun
Dekat sini memang banyak gerai yang jual hanya ikan bakar sahaja. So, jangan risau. Memang boleh makan. Siap dia tahu je kita dari Malaysia dan ada yang boleh cakap melayu lagi panggil-panggil suruh singgah.. Dekat kedai ikan bakar ni, ada disediakan tempat untuk family makan bersila kat tingkat atas.. macam loteng la. Kat sini ada aircond and bersih sebab kena buka kasut. Murah jugaklah sebab seekor ikan siap nasi dan kimci 7000 won je,. Ikan boleh pilih.. Sedap, series sedap! Kami repeat dua kali kot! hahaha.. Selesai makan kami balik ke hostel, untuk rehat dan solat. Petang tu kami ke Insadong. Jalan kaki je sebab dekat dengan hostel.

Ini Hyemouenyun gate ke apa ntah namanya.. Kat Dongdaemun jugak..


Ini Dongdaemun Design Plaza. Ini macam convention center diorang la..


Ini Ikan bakar Dongdaemun tu.. ruang atas boleh bersila. Adib seronok sebab habis dia merangkak.. Melawat kawasan katanya.. Nasib kami je yang disitu..

Ini ikan bakar dan kimci yang terhidang..

Hasilnya.. Licin!!! 

Ini chef kedai nya.. 

Insadong
Di Insadong, tempat souvenir dan barang-barang antik korea. Menarik sangat! Saya suka suasana Insadong sebab tak padat macam Namdaemun dan Myeondong. Relax-relax je.. Di Insadong ada jugak restaurant halal. Ada little India tapi kami tak singgah sebab tak boleh masuk makanan India, So, kami google ada satu restaurant vegetarian yang selalu kebanyakan orang Malaysia singgah.. Untuk ke sini, sukar kalau tak biasa sebab dia di dalam lorong-lorong kecik.. Tapi senang je, kalau pandai cari.. Ok, kalau perasan kat Insadong street tu, ada farmasi. Rasanya itu satu-satunya farmasi kot kat sana. Sebelah farmasi tu, ada lorong. So, masuk lorong tu, jalan dalam 50 meter kot, ada lorong kecil sebelah kanan. Masuk je lorong kecil tu, jalan dalam 10 meter.. Nampak restaurant tu.. Best jugak rupanya.. 


Ini di Insadong restaurant tu.. Boleh makan jangan risau. Sebab semua vege. non meat.


Haa... Ini luar kedainya.. Kalau nampak luar kedai tu,macam ni, papan tandanya betul la tu,,

Sedap betul Delisha makan.. Dia ada soup.. Delisha memang kaki sup. Menarik jugak la...


Ok, sampai di sini sahaja hari ke5.. So, esoknya say helllooooooo Everland!! buhbye

Sunday 27 November 2016

Day 4- Nami Island and Myeondong. Cara ke Nami island

Untuk hari ke 4 ni, kami ke Nami Island. Sebenarnya, untuk ke Nami ni, kena check whether forecast dulu.. Sebab ni aktiviti luar. Kalau hujan, rugi pergi.. So, bila sampai sana susun jadual supaya hari nak ke Nami ni, tak hujan dan cuaca baik.. begitu juga jika ke Everland.. Terdapat 3 cara untuk ke Nami Island ni..
1) By subway
Ini paling budget dan mencabar. Sangat lah tidak sesuai untuk family yang complete dengan baby, kids dan org tua.. Sebab nak Nami ni, jauh jugak.. Dalam 4 subway jugak la tukar line.. Itu baru pergi, belum balik lagi.. Tapi low cost la..
2) By shuttle bus
Untuk naik shuttle bus ni kena booking dulu.. Boleh booking di Naminara website. Kat sini dia bagitahu waktu pickup di mana.. Pada mulanya kami nak ikut kaedah ni.. Yelah, mudahkan.. Tapi sebab kami tak sempat nak call dan booking.. Dan malas nak cari bus stop yang dia suruh jumpa tu, so kami pilih kaedah ke tiga.. Tapikan, rupa2nya, bus stop dia ni di Tapgol park di Insadong sangat dekat dengan hostel kami... Laaaaa... baru tahu bila kami jalan-jalan sekitar insadong, dan ternampak banyak bas parking di tepi taman tu.. Rupanya itulah Tapgol park.. Dekat sangat dengan hostel kami.. Tapi takpelah, lagipun kami tak booking.. So kami pilih kaedah ke 3 iaitu pakai ITX
3) By ITX
Ok ini pun praktikal jugak untuk family jika nak ke Nami Island.. Ada 2 station boleh naik jika nak ke Gapyeong station (Nami Island). Sama ada Yongsan station atau Cheonganyani station. Bergantung pada jarak hostel  ke station tersebut.. Jika dari cheongyangni ke Gapyeong dalam 40 minit je, kalau Yongsan dalam sejam jugak kot sebab Yongsan jauh skit.. Disebabkan kami duduk di Jongno maka mudah sangat jika nak ke Cheongyangni station.. Tak perlu tukar line pun.. straight line. Rasanya line 1 kot.. Selang 4 stop rasanya.. Tapi jika nak naik ITX ni kena booking or beli tiket siap-siap.. Kami beli lewat.. Esoknya nak pergi, malam sebelum tu baru beli tiket.. So, masa pergi kami tak ada seat.. So berdirilah selama 40 minit.. Tapi tiket murah sikit berbanding yang ada seat.. Train ni terus ke Gapyeong, tak ada stop station lain.. Rasanya dia stop satu dua tempat je.. Bukan mcm subway la.. Kami masa ni, duduk bersila je atas lantai.. Ada yang duduk ditangga.. Begitulah.. Sapa suruh lambat beli tiket kan.. hehe.. Tapi masa balik tu, kami dapat seat.. Alhamdulillah..

Kami bertolak 9.30am dan balik train 3.30pm. So makesure, tak terlepas train tau.. Kami sengaja balik awal sikit sebab taknak sampai malam kat hostel.. Bila dah sampai di gapyeong station, untuk ke Nami boleh naik bus atau teksi.. Untuk yang ini, saya suggestkan pilihla teksi.. Bukan apa, bus yang disediakan bukan shuttle bus ke straight to Nami tau. Itu bus awam. So kita pun tak tahu bus stop kat mana.. and bus tu pusing kampung  dulu.. So, naik je teksi. Jimat masa.. Nak naik teksi pun beratur panjang tau. Tapi jgn risau sebab teksi banyak..
Bila dah sampai ke Nami Island, kena beli tiket. Rasanya 8000 won sebab foreigner. Masa tu punyalah ramaiiiiiiii.. Kami sengaja pergi hari isnin bukan weekend sbb nak elak ramainya manusia.. Sekali ramai jugak.. Dengan rombongan sekolah la apa la.. And bila dah beli tiket, kena naik cruise utk ke sana.. Time tu beratur tak payah cakaplah, memang panjang, penuh! Boat pun tak banyak.. Tapi jgn risau sebab dia cepat. Ramai boleh masuk dalam satu cruise.. So, takla slow beratur tunggu turn..
Bila sampai Nami, kami terus amik shuttel taxi utk pusing satu pulau. Ok jugak la.. Kat sini mudah sebab boleh solat.. Di sediakan surau dan ada makanan halal.. Kami makan di Asean Cuisine. Nasib kami makan awal jugak. Itupun hampir pukul 12 kot.. Kalau tak, penuh.. masa kami tengah makan, rupanya ramai yang beratur tunggu di luar. Kat Asean Cuisine ni ada bilik solat. So lepas makan terus solat.. Selesai solat aktiviti bergambar la kan.. Kami pakat dengan mak abah tunggu di boat pukul 1.45 ke pukul 2 sebab nak kejar train kul 3.30. Nasib tunggu awal sebab masa nak balik, kena beratur jugak naik cruise.. Bila dah sampai seberang sana, beratur naik teksi pulak. So, plan timing siap2 k.. Masa kami pun just nice je untuk berposing bergambar kat sana..
So, kami sampai ke hostel dalam pukul 5 jugak.. Sempatla untuk solat asar dan berehat.. Tapi kami lepas solat, sambung berjalan ke Insadong street.. Sebab dekat je dengan hostel kami. 5 minit jalan kaki.. Lepas maghrib, malam tu kami ke Myeondong..
Nak ke Myeondong, kami naik teksi je.. haha, mudah! malas nak tukar2 line.. Di Myeondong ni syurga fashion and cosmetic la.. Punya la banyak kedai cosmetic. Kat situ pun banyak jugak yang jual makanan halal.. So, malam tu kami beli je, kebab and ada jugak kuih-kuih dan makanan yang boleh di makan.. Bak kata orang kat sana, kalau dia jual semuanya fish, beli je.. boleh makan.. Tapi kalau orang tu jual campur fish and meat, memang tak boleh la.. So, kat sini saya beli mask, aloevera gel tu untuk souvenir untuk kakak2 saya.. mask sangatlah murah.. Beli banyak-banyak boleh bagi sorang sekeping dua..
So layan gambar2 dibawah ni ya

So, inilah cruise nya untuk ke Nami..


Ini shuttle taxi yang saya kata tu.. cost dah lupa.. Tapi dalam 3000 won kot adult












Okay, ini Gapyeong station. Tunggu train nak balik..


Ini Insadong street.. Sempat jugaklah ke sini lepas balik dari Nami.

Tu tengok Delisha tu.. Memang penat habis.. Tidur macam tu.. kesian betul.. Nak buat macamana mak bapak kaki jalan.. Suruh duduk hostel ikut atok uwan, taknak..

Ini Myeondong street.. Malam tu lepas maghrib, kami ke sini.. Punyalah ramai umat manusia... 

Okay, cukuplah.. Nanti sambung lain k.

Saturday 26 November 2016

Tips ke Seoul Korea. Itinerary. Day 1, 2,3

Assalamualaikum,

Seperti yang dijanjikan.. Saya akan cerita in detail tentang itinerary kami ke Seoul. But not really in detail la.. I think for Nami Island and Everland, kami akan buat satu special post tentang itu. Cukuplah Day 1,2,3 je.. Yang lain menyusul kemudian.. Kasi suprise.. kehkehekhe

1) Day 1- Arrival di Seoul
Okay, kami arrived at Incheon airport dalam kul 4.30 pm kot. Tapi lepas setel semua sekali, rupanya sejam lebih jugak nak setelkan imigresen la, bagasi la, then nak solat dulu sementara boleh jamak kan.. Kami solat je kat tempat terperuk2 yang jauh dari orang.. Janji solat kan.. Then, dari airport nak ke hostel kami iaitu Fortune Jongno Hostel (booking di Agoda), kami naik airport shuttle bus.. Oh, hostel ni sangat bagus. Sebab once bila dah booking, dia akan email cara kaedah ke hostel. Dia siap bagi link youtube, video ke sana.. Sama ada cara train atau bus. Disebabkan naik train, kena tukar2 train bagai, kami pilih kaedah shuttle bus.. So, first terus ke kaunter airport shuttle bus,. beli tiket, terus keluar cari bus.. Alhamdulillah, bus kami terus ada tak payah nak tunggu-tunggu.. Naik bus senang sebab luggage boleh letak bawah bus.. Tapi nanti dia akan bagi kupon utk setiap beg yang kita simpan.. Sebab nak elakkan tertukar beg atau beg hilang.. So, make sure, kupon tu jangan hilangkan pulak.. Nanti nak tuntut luggage susah pulak.. Bus stop kami adalah chandeokgung bus stop, tapi macam mana nak tahu kalau dah sampai? Rupanya nanti dia akan annouce. To be safe, mentione siap2 kat driver yang kita nak ke bus stop tersebut.. So, dari bustop ke hostel dalam 10 minit berjalan la.. Tak jauh mana pun..Bila sampai hostel dah pukul 7 lebih.. Balik tu memang mandi makan je la.. Tapi malam tu, sempat jugak kami jalan-jalan kat bawah hostel, sebab nak rasa udara korea kan.. Sejukkkk...

2) Day 2- Namdaemun, Namsan Tower, Han river
Ikut itinerary sepatutnya kami cover palace, tapi disebabkan ayah saya terlupa bawak jaket, kami ke Namdaemun untuk shooping.. Mula-mula kami ke Subway.. Beli T-Money kad kat 7-E.. topup 20,000 won. Naik subway.. Mak aii,,, bertangga.. kesian kat ayah saya sebab lututnya sakit.. nak panjat tangga.. memang ampunnnnn... Bila sampai Namdaemun, kami pakat shopping dalam sejam setengah je.. janji pkul 11.30am jumpa di sekian-sekian tempat.. Sebab plan seterusnya nak ke Namsan Tower.. yelah, dah alang-alang dekatkan.. Dekat Namdaemun, ada kedai kebab halal betul-betul menghadap jalan raya besar.. So, kami beli siap-siap kebab kat sana untuk makan di Namsan tower. Mula-mula ingatkan nak ke Namsan naik subway, tapi memandangkan hanya next stop station je, kami tunggu teksi dengan harapan teksi tak la mahal.. So, bila naik teksi terus bagitahu cable car Namsan tower.. Tahu tak, cost teksi hanya 3200 won je.. eh, murah pulak.. tak payah naik panjat tangga bagai.. So, sejak dari situ, mana yang dekat2 kami naik teksi je. Jimat tenaga jimat masa.. So, cadang ke Namsan naik cable car, turun jalan kaki, last2 beli tiket return sebab jimat masa.. yelah, nak balik solat kan.. Oh, tips penting, nak naik cable car, makesure kena pergi pagi-pagi2.. sebab kalau tak, beratur panjang kot macam kami.. Tapi jangan risau sebab cable car dia besar.. Memang sekali ramai masuk.. Bukan macam cable genting highland tu yang muat satu family je.. Selesai Namsan, kami terus naik teksi balik ke hostel sebab nak kejar Zuhur.. Bila sampai ke hostel, time untuk rehat dan mandi ke, makan ke.. Mak ayah saya rehatkan diri, saya dan husband dan anak-anak, lepas solat zuhur dan asar, kami ke Chandeoukgung palace sebab ada festival.. Hostel kami ni dekat sangat dengan palace Chandeokgung tu.. Malam tu, kami ke Han river.. Tapi kami silap route.. Perasan tak kat itinerary tu, subway stop, saya tulis Yeoudo? Ya Allah silapppp.. Padahal Yeounaru.. So, bila keluar2 subway macam blur.. Mana cruise nya? Sebab river tu pun tak nampak.. Then, bila google2, rupanya bukan Yeoudo tapi Yeounaru... Adui... Lagi satu silap adalah, kami naik teksi untuk ke Yeonaru.. Malas nak naik subway balik.. Sekali driver teksi tu bawak kami punya jauhhhhhh... Padahal Yeoudo dengan Yeounaru tu selang satu station je.. Ini memang dah agak dia bawak jalan-jalan jauh.. Hamikkkk, kos teksi sampai 11,000 won.. Dahla bawak silap tempat.. sabar je la...Patah balik pusing baru hantar Yeounaru.. sekali sampai tempat cruise, tiket dah habis.. Yang ada, pukul 10.30 malam punya.. Memang takla.. Dahla budak2 ni ngantuk nak tidur.. So, untuk nak naik cruise, make sure siap-siap waktu cruise operasi.. So, plan timing siap2.. Last2 kami balik saja naik subway.. Sampai hostel, makan la nasi impit dengan sambal ikan bilis tu.. Masakla maggi bagai.. hahaha.. 

Ini Adib awal pagi.. Hari kedua nak berjalan-jalan..

Belakang tu hostel kami.. Hostel ni sangat bagus sebab dekat dengan subway. Dan yang paling penting, ada lift.. Betul-betul depan hostel ni ada mart untuk beli apa-apa.. Mudah.. Hostel ni pun dia ada sediakan map semua.. Owner pun bagus.. baik sangat!

Ini di Namdaemun market

Ini halal.. Dia macam kuih gula.. Dalam tu kacang..


Ini di cable car sementara tunggu turn.. Beratur panjang tak payah cakap la.. Tapi sebab kami bawak stroller, boleh terus naik lift.. Tapi still kena queue.. Belakang tu Namsan Tower..

Ini sangat sedap.. Mula-mula kami nampak orang Malaysia makan.. Tanya dia boleh makan ke? dia kata boleh.. So, kami pun beli la.. Sedap jugak..





Adib memang syok tidur dalam carrier.. tepuk-tepuk bontot terus tido..


Ini Chandeoukgung Festival yang saya kata tu.. dekat je dengan hostel kami..

Day 3: Gyeongbukgung palace, Itaewon

So, day 3 ni, kami cover palace.. Gyeongbukgung palace je.. Tak dapat cover semua palace.. Banyak kot.. So, kesini kami naik teksi je.. Terus sampai depan pintu masuk palace ni.. Hahaha.. 




Di sini ada royal changing guard, so makesure kena tahu pukul berapa changing guard ni.. Kalau terlepas rugi la.. Changing guard ni bukan buat dalam palace tau.. Kat pintu gerbang dia tu.. Kat depan jalan tu, tempat teksi drop tu.. Mula-mula kami ingatkan kat dalam palace, sekali kat luar daaa... Tu suami saya.. tiru gaya guard tu... hahahaha


Bila dah habis jalan kat Palace, kat luar tu ada Gwanhawamun square.. Nak dijadikan cerita, waktu haritu, sepanjang jalan kat square tu, ada buat macam trash and treasure.. Semua barang-barang terpakai dengan harga yang murah.. Oh, saya shopping sakan kot kat sini.. Bayangkan seluar jeans levis tu beli dengan harga 3000 won je?? whatt??? Macam-macam beli, kat sini, dari baju la beg la, memang murah...

Tu kasut Adib tu, beli 7000 won je.. Adidas kot.. original okeyy.. delisha biasalah rantai gelang hello kitty..


Ini cerita kat Palace tadi, mak saya yang bertudung tu.. Sempat jugak try pakai baju guard.. Free je.. tapi ada waktu-waktu operasi la.. Seronok betul mak.. Okay, selesai di square dan palace, hujan macam renyai-renyai.. Kami cadang ke Itaewon untuk solat and makan.. Kami ke sana naik subway.. Sebab Itaewon ni macam jauh jugak kebawah.. Kalau naik teksi takut mahal.. So, naik subway je kami.. Sekali dari subway nak ke masjid dia, ya ampunnnn... punyala jauh and mendaki bukit rupanya.. rupanya masjid ni atas bukit.. Bila dah sampai masjid, naik tangga pulakkkkk... Adoi.. Tapi memandangkan semua tu pahala tu.. Niat nak solat kan.. gagah jugak la.. Selesai solat, kami makan di restaurant Eid.. memang best.!! Serious.. Saya pesan Bulgogi.. memang terbaik!! Rasanya ini je la kot makanan korea yang betul2 memenuhi anak tekak! hahahaha..

Okay, Bila dah selesai makan, solat, kami naik teksi ke hostel.. Jauh memang jauh, tapi takla jauhhhh sangat... Rasanya dalam 5000-6000 won jugakla.. Tapi sebab masing-masing tak larat dah, naik je la teksi.. So, kami terus ke hostel untuk solat asar.. Mak ayah saya katanya nak rehat tidur.. Tapi kami kena keluar ke Cheongyani station sebab nak beli tiket ke Gapyeong Nami Island esok.. Naik ITX.. So, tiket kami ke Gapyeong esok kul 9.30 pagi balik kul 3.30pm.. taknak lama-lama sangat sebab atleast malam tu boleh jalan-jalan.. So, lepas beli tiket, kami jalan-jalan sekitar Seoul.. Husband saya ni jenis kaki explore.. Orang panggil dia YB sebab suka melawat kawasan.. hahaha.. Kalau ikut dia berjalan, memang nak tercabut kaki.. hahaha.. So, malam tu, kami jalan menyusuri Cheongcheon stream.. sejukkk.. Tapi best!!



So, malam tu kena tidur puas-puas sebab nak ke Nami Island esoknya.. huhuhu.. okla, sampai sini saja.. Nanti update lain.. ok. babai.