Pernah dengar cath kidston bag?
Actually saya pun baru je terjerumus (wah terjerumus kau!) dalam dunia cath kidston ni.. Well, apa yang saya suka basically adalah corak-corak nya.. Macam vintage sangat.. Cath Kidston ni is from UK.. So, it is well known in UK, tapi macam kurengg kat negara kita kan? Saya pun kawan yang bagi when she went to UK. Dia kasi as a gift, so dari situ saya tahu pasal Cath Kidston ni. Disebabkan ianya adalah from UK, for sure mahal kan? Kalau tengok kat Instagram, banyak je yang jual pre order bag Cath Kidston ni tapi ada yang original ada yang tak.. So, kena hati-hati..
So, saya pun nak tunjuk jugaklah kan my all time favourite bag.. Tadddaaaaaaaa...
1) This is Cath Kidston busy bag:-
This is actual captured by me.
Bag ni best sebab besar dan kau boleh sumbat segala macam benda dalam tu.. And beg ni ada long strap and short strap. So boleh gayakan dengan pelbagai gaya.. Tapiiii super best sebab ada banyak compartment yang tak serabut.. Selalu beg kalau ada banyak compartmen, kau akan rasa leceh sampai lupa barang kau kat poket mana satu kan? kat atas tu kau perasan tak macam ada ruang antara zip dengan bahagian depan bag tu? kat situ ada magnetic button kat kiri and kanan bag. so kau boleh selit segala benda tanpa buka zip pun. So best.. Tapi jangan la letak handphone or benda penting dalam tu, sebab dia takde secure zip pun.. Nanti tak pasal-pasal hilang pulak segala benda kan?
2) Cath Kidston crossbody
Bag ni nampak je kecik, tapi besar jugak.. Tapi taklah besar sampai boleh sumbat semua benda. Kalau setakat benda basic dalam bag contoh wallet, handphone, kunci dengan botol baby yg Kevin pun sesuai sangat.. Hah, yang ini captured by me. My own bag.
Dalam dia macam ni. Best sebab ada zip jugak untuk secure benda-benda penting and poket untuk handphone jugak.. Ingat kosong je.. Tapi beg ni mmg best especially kalau nak keluar dekat-dekat and taknak bawa barang banyak-banyak, so beg ini tersangat lah berguna.
3) Cath Kidston mini wallet
Nama je mini wallet, ingat mini sampai takleh letak semua benda, tapi boleh letak la semua card-card yang penting.. Ada coin wallet lagi.. multi pockets sampai boleh utilise la semua poket-poket. Jap-jap, dalam wallet dia macam ni,
Nampak tak, dari card bank, ke lesen, ke IC and segala card boleh masuk. Poket atas sesuai letak duit kertas, and poket tepi tu boleh la letak duit simpanan, if nak sorok takut terlebih guna kan..
So, yeah, ini review saya tentang bags Cath Kidston saya. Anda macamana?
Actually ada macam-macam corak. Boleh pilih corak lain yang anda minat. Macam saya suka yang vintage style, so suka bunga-bunga la kan.. Kalau tak suka bunga, ada juga polkadot macam bag crossbody saya tu..
Oh ya, mana saya beli? Saya beli online je. Dekat Instagram. Mula-mula saya beli busy bag and wallet. Bila barang dah sampai mmg ori, dan puas hati, so mmg terus beli dengan seller ni.. kalau repeat order boleh dapat diskaun. Ini seller yang jual beg antara yang termurah compare dgn yang lain..
Kalau nak beli, boleh beli dengan dia. Barang pre order terus dari kilang.. dapat dalam 10-14 hari bekerja. Claim barang original.. (katanya) wallahualam.. Macam mana nak tahu yang ori? Pendapat saya boleh tengok dekat tag Cath Kidston tu, zip and kualiti bag tu..
Saya beli di Intagram:
Insta: Jamijoandsons
Okeh, semoga ketemu lagi ya.