Pages

Showing posts with label moms n babies. Show all posts
Showing posts with label moms n babies. Show all posts

Friday, 29 July 2016

Bila rambut macam dah tak ada

Assalamualaikum
Bila adik asyik main air liur.. dah menyembur.. orang tua tua kata gugur lah rambut si ibu.. tapi sampai bila? Menakutkan kot... sungguh. Seram.
Dulu masa si kakak, tak teruk gugur macam ni..
Bila tgk lantai, rasa macam kedai gunting rambut. Jenuh menyapu.. kadang biar ja.. malas. Sebab tahu nanti gugur lagi. Sapu lagi.
Meh blanja gambar adik 5 bulan..
Biarlah rambut gugur, mata panda, penat segala.. berbaloi. Demi kamu..

Wednesday, 27 July 2016

Introducing new member

Assalamualaikum..
Lama sungguh tak update.. last update was on 2014. So, its been a while.. Sooooo..
After 2 years, what have i got so far ehmm..
Tadddaaa.. Alhamdulillah.. We have our new member in family..
Adib Daniel born in 29 February 2016.. perasan tak? Tahun lompat kot.. so it means that his birthday once in 4 years.. hahhahaa.. actually the due date was on 19th Feb, but overdue like 10 days then kena induce pulak.. dapatlah on 29 February.. patutlah org kata induce tu sakit, memang sakit pun.. just imagine, the contraction was just like 2nd phase, tapi baru 3 cm? Whattttt??? Then bila sakit mcm nak teran dah tu, check baru 5 cm??? Masa tu rasa frust sangat sebab doc kata lagi 4, 5 jam.. mak ai, contraction dah selang seminit kot and i have to face this contraction for another 5 hours??? Seriously?? Hahhaa.. tp Alhamdulillah.. from 5 cm to 10 cm dalam setengah jam je.. tak lama pun.. so lahir lah Adib Daniel.. but he after that diagnosed by doc, he has g6pd deficiency.. apa tu???
Mula2 dengar seriously, phd??? Haha. saya tak pernah dengar lansung pasal ni.. bila google and paed doc explain bout this baru faham.. rupanya g6pd ni sejenis enzim dalam darah yang dia takde.. so, sel darah dalam tubuh tu kekurangan enzim g6pd ni.. seumur hidup tau.. so, disebabkan kekurangan enzim ni, dia alah on certain things.. especially KACANG PARANG.. a BIG NO kot.. and ada jugak macam ubat gegat, nila, some of ubat and thats why kalau sakit kena mention kat doc he has g6pd def then doc will understand.. and because i am brestfeed mom, saya pun kena ikut pantang jugak..
mula2 sedih kot.. especially when doc told me that babies with this def must to stay at hosp for at least 5 days since born to monitor jaundice.. sebab baby with this def, senang naik jaundice.. Masa tu dah berjurai air mata sebab nangis nak balik.. Yelah, orang lain dah balik kot, boleh bersuka ria kat rumah dengan baby baru.. Tapi Alhamdulillah i just stay like 4 days je coz the reading is in the range but still have to monitor for a few days after discharge. Macam saya, i just like 2 days after discharge je went to clinic to check the reading lepas tu dah ok dah.. Alhamdulillah.. banyakkan menyusu baby.. itu je caranya..lagi banyak menyusu, lagi banyak baby berak, lagi bagusss... masa kena admit wad nicu tu, cabaran tinggi betul.. tapi memang kena selalu istighfar,tawakal.. time ni sokongan parents penting sangat.. Yelah, orang lain dah balik, kita still kat wad lagi.. mulalah emosi tak stabil.. dengan baby menangis taknak duduk bawah lampu tapi kena paksa jugak for his own good.. and baby still menangis and momies lain pun dah jeling2 mengeluh sebab anak diorang pun macam dh nak start menangis jugak.. hohoho, memang cabaran betul.. serba salah dibuatnya.. Tapi nak buat macamana kan.. baby kot..
Hahaha.. tetibe macam luahan perasaan perasaan cums with membebel. erk.

So, now adib dah 5 bulan.. Alhamdulillah.. membesar bagaikan juara.. hhehehe.. so i think enough kot of this membebel.. hahahha.. will update later..
Bai.

Thursday, 26 September 2013

Tips for mommy-to-be

Assalamualaikum semua.

Okay, harini saya sangat rajin sebab nak bagi tips yang sangat berguna to all mommy-to-be on how to handle your newborn baby, how to handle them when they cry, how to breastfeed them, how to bath them, how to.. how to.. how to.. Well, the tips is not actually from me. It is actually came from this book. Taaadaaaa
 
 
Actually this book is translated to Bahasa Melayu. Seriously, for me buku ini sangat berguna since I get pregnant until now and after on. For pregnancy women, it really helps you a lot on your diet, what you should eat, what actually happened to your body, what is the baby looks like in your tummy, what is the baby development and so on. And this book also educate you what you should do for every weeks of your pregnancy. The best thing is its explain on what you should do when your contraction came.  How should you breath during contraction, how should you breath to push the baby out. Pendek kata, semua benda dia cerita secara detail. Ops, dah nama pun buku orang putih kan, so model and gambar-gambar banyak yang sensored la kan. But who cares!! Untuk pembelajaran kot. So for me, this book is very useful to all mommy-to-be. It helps you a lot emotionally and physically.  Especially masa mula-mula lepas bersalin. Macam mana nak dukung baby, nak susukan anak, nak mandikan anak pun tak reti. Kekok katanya. Biasalah first time kan. In fact, I still depends on this book until now. Thanks to my sister who bought this book and for your information this book was handover from my eldest sister to my 2nd sister then to 3rd sister and lastly to me. Sampai lunyai-lunyai dah.. hohoho..
 
Okay tips yang kedua adalah khas untuk ibu-ibu yang bekerja yang ingin menyusukan anak menggunakan susu ibu
 
'Perah susu anda sebanyak yang boleh lepas anda bersalin'
 
Ini untuk stock susu anak anda semasa anda bekerja nanti.
 
This tips coming from my mistakes. Dulu tak ada siapa nak bagi tips dan salah diri jugak sendiri sebab tak tanya dan tak study mengenai penyusuan ni. Pam susu pun tak beli. Then lepas bersalin, breast bengkak susu sampai basah-basah baju sebab susu asyik meleleh keluar kan. Anak pulak masa tu asyik tidur je.. Masa tu tak teringat langsung pun nak perah. So, I just let it bengkak dan sumbat je small towel dalam bra sebab takut basah baju.
 
Bila anak dah sebulan barulah terkial-kial nak beli pam susu dan buat stok. Haaa.. amik kau!! Masa tu anak tu dah pandai dah.. hisap botol pun dah tak nak! Asyik nak nenennnnnn je.. Setiap 2 jam mesti merengek nak nenen. So, bilanya nak buat stok kalau dah 2 jam asyik nak nenen je? Breast pun masa tu dah tak sempat nak bengkak. Masa tu mula lah menyumpah seranah diri sendiri.. Masa susu banyak dulu kau pergi bazirkan, taknak pam untuk buat stok. Bila dah lagi 2 minggu nak masuk kerja baru terkial-kial! Time tu bila perah memang dapat sikit je la dan time tu jugaklah nak ajar anak hisap susu pakai botol. Memang dia menangis, meraung tak mahu!! Bila anak menangis macam tu, mama dia pun apa lagi, menangis la jugak!! haru betul.. Pernah jugak minta tolong suami tolong bagikan susu botol maybe anak tahu bau badan ibu dia kan. That's why dia refuse kot tapi still dia tak nak!! Hah, time tu punyalah menyesal...ish..ish... Nasib baik saya dapat sediakan 5 botol stok susu itupun setelah berhempas pulas memerah dan nasib baik bila hantar anak ke rumah pengasuh, dia nak pulak hisap susu pakai botol. Thanks to NUK bottle (saya ada cerita mengenai NUK bottle di sini). Tapi bila pengasuh bagi je lah.. Bila balik rumah, try bagi susu dalam botol, memang dia taknak sampai SEKARANG! Dan disebabkan stok susu saya tak banyak, saya perlu memerah susu setiap hari di tempat kerja time lunch and before balik kerja for tomorrow punya stok. And that is what i'm doing until now! No, i'm not complaining! Kerana disebabkan Delisha tolak susu botol dan susu formula, Alhamdulillah saya dapat berikan susu ibu sepenuhnya kepada Delisha sehingga kini. Walaupun sekarang masih lagi mencuba untuk mencari susu formula yang sesuai untuk Delisha. Almaklumlah, anak dah setahun, demand makin tinggi tapi susu makin kurang. Kesian kat anak sebab sanggup berlapar tunggu mama dia balik kerja gara-gara lapar susu.
 
So, apa pengajaran yang anda dapat dari cerita saya tadi?
 
1) Perah susu anda sejak dari lepas bersalin lagi. Jangan bila dah sebulan, dah nak masuk kerja, time tu lah kau nak perah susu bagai..
 
2) Ajar anak hisap susu botol. Kalau sesiapa yang nak fully breastfeed dan bekerja, boleh guna susu yang anda perah dan letak dalam botol susu.
 
3) Pada sesiapa yang nak campur susu ibu dengan formula milk (mungkin susu badan terhad), ajar anak minum susu formula dari awal lagi. Kalau tak,memang susah nak ajar anak minum susu formula sebab dia dah terbiasa minum susu ibu sejak lahir lagi. Sedap sangat katanya.
 
This is based from my experienced being a new mom!! Masing-masing ada pendapat dan pengalaman yang berbeza. So, it depends!
 
Just my 2cents.
 
 
 
 
 

Wednesday, 5 June 2013

Anak dah pandai apa?

Assalamualaikum
 
Hai semua yang sedang membaca blog ini. Maaf sebab lama menyepi tanpa khabar berita. Almaklumlah busy sangat kan. Ini pun curi-curi taip sebab ada benda yang saya ingin kongsikan. Okay, straight to the point lah (nama pun curi masa kan?). Pernah tak anda (ibu-ibu) ni rimas bila ada sesiapa yang bertanya pada anda:-
 
"anak kau dah 9 bulan kan, dah tumbuh gigi? apa? belum lagi? lambatnye..." Minah kata
"anak 5 bulan tak boleh menyiarap lagi?.. anak aku 3 bulan dah menyiarap" kak Ton kata
"anak kau ni taknak dengan orang.. kuat memerap! apa lah.." Din kata
"wah.. mak buat PhD, mesti anak bijak ni.. Anak dah pandai apa dah?" Wak Man kata
 
bla..bla..bla.. dan seangkatan dengan nya. Haa.. rimas tak? ke aku sorang je rasa rimas? kekeke
(eh maaflah ye Joyah, Minah, Kak Ton, Din, Wak Man.. bukan nama sebenar okay. Sorry petik2 nama anda) Actually, bukan lah soalan sebijik macam ni keluar. It just lebih kurang lah.. Tapi aku tak kisah pun kalau dia hanya bertanya dengan niat just nak tahu dan dia care pada anak aku. Tapi kalau tanya lebih-lebih ni dan soalan yang lain diikuti pula dengan niat nak membanding-bandingkan dan memperlekehkan kebolehan anak aku, aku rasa itu yang tak wajar.
 
 Kadang-kadang aku pulak yang risau. Lembap sangat ke anak aku ni? Teruk sangat ke dia? Kenapa ada orang-orang lain yang menyibuk nak tahu. Kadang-kadang malas nak layan. Aku jawab acuh tak acuh je. Pernah juga aku menipu sikit-sikit konon anak aku dah pandai itu-ini. Bagi aku, biarlah kan. Perkembangan budak ni lain-lain. Ada yang cepat, ada yang lambat. Takkanlah budak sekecik ini pun nak dibanding-bandingkan.. Seolah-olah macam bagitahu, lembap giler anak kau? Ok. Over.
 
Kadang-kadang risau jugak. Biasalah semua ibu nak yang terbaikkan. Tapi bila fikir-fikir balik, biarlah janji anak aku sihat dah alhamdulillah..Dah bersyukur sangat-sangat. Sampaikan aku jadi risau kenapa orang lain pulak yang risau. Macam berlumba-lumba pulak dan seolah-olah megah dengan kebolehan anak mereka. Kasihan pada si kecik.. Lambat sikit, orang mengata.. Pandai sangat pun orang mengata jugak. Hmm..
 
I admit, anak aku ni jenis kuat memerap. Dia hanya nak mama dia je. Pantang mama dia bangun, berjalan sikit, dah merengek. Sampai tak jadi kerja dibuatnya. Apatah lagi kalau mama dia nak mandi, nak solat. Memang menangis meraung bila tengok mama dia tak ada. Tapi bila mama dia dah dukung, terus senyap. Tapi aku rasa itu adalah perkara biasa terjadi pada anak-anak yang fully breastfeed (mungkin sesetengah sahaja). Pernah juga cuba mengajar anak hisap botol, tapi ditolaknya puting itu dengan lidah. Tapi Alhamdulillah, bila pengasuh dia yang bagi, pandai pula dia hisap sebab tahu mama dia pergi kerja kot. Nak tak nak kena hisap botol jugak. Itu pun memang kena rajin pump susu untuk jadikan stock. Cuba jugak bagi formula milk tapi semua dia tolak.. Haih.. Tak apalah.. Selagi kita mampu beri susu ibu, selagi itu kita kena beri. Almaklumlah, susu ibu ni special. Tak ada dijual di mana-mana. So, selagi ada susu, lebih baik kita bagi daripada membazir and end up kering je tak ada susu dah kan. Rugi namanya tu..

Okay enough dah sesi membebel dan luahan perasaan seorang mama ni.. Nanti merapu lain.
 
 
P/S: Bila baca balik entry ni, aku pun serabut. Sekejap guna kata nama saya, sekejap aku. Ahh.. ikutlah..
 
 
 
 

Monday, 13 May 2013

Persiapan bagi ibu mengandung

Assalamualaikum
 
Disebabkan harini saya sangat free (free la sangat kan padahal ada je kerja nak buat), so i think why don't i help for those yang tengah nak buat checklist beli barang baby? hohoho.. rajin sangat ni. So that i can share which one is important, which one is not. Which thing you should buy, which is not necessary. Okay, i know, the budget is not cheap but barang baby lagi mahal daripada barang-barang kita tau.  But it depends on how you arrange your money lar. Ok, check this out:
 
List below you should buy before your due date . Pendek kata persiapan la.. but still depends on your thought. Elok beli barang-barang baby when your pregnancy is in 6-7 months. Kalau lambat sangat, takut kita la tak larat nak berjalan sebab dah sarat kan.
 
Baby bath
1) Towel (2 pun cukup)
2) Baby bath from head to toe wash (senang.. boleh pakai utk shampoo dan sabun mandi. I prefer yoghurt pureen tu)
3) Minyak yu yee cap limau
4) Nappy rash
5) Bedak
6) Cotton bud, Cotton bulat (utk bersihkan pusat baby)
7) ketip kuku baby
8) Besen mandi
9) Kain lampin
10) Pampers newborn (i prefer Pet Pet cause it is more cheap and ok je)
 
Baby stuff
1) Baju newborn (atau 0-3 bulan) lengan pendek (siang), lengan panjang (malam) -- (beli 3 set, 3 set pun dah ok)
2) Tempat tidur tilam dan bantal. (Kalau boleh cari yang cotton sebab sejuk sikit bagi selesa dan nyaman je baby tidur).
3) Kalau rumah agak2 banyak nyamuk, boleh la beli kelambu yang macam payung tu.
4) Topi takut panas dan sejuk
5) Bengkung perut baby
6) Kain bedung baby
7) Selimut
8) Mittens (ke apa org panggil tutup tangan dengan kaki baby tu? beli 3 set pun dah ok)
9) Beg baby for travelling
 
Baby feeding
1) Botol susu (beli yang saiz kecik je, 5 oz pun dah ok coz baby minum sikit je). I want to suggest beli yang NUK punya brand. Beli yang puting kuning tu. Lembut sikit and puting dia lebih kurang mcm bentuk nipple mama. So, baby tak confuse la.
2) Brush bottle, liquid cleaser
3) Storage bottle. Atau pakai storage plastic pun boleh. Murah dan jimat space kalau nak buat stock breast milk.
 
Rasanya yang ini je la kot antara yang penting. Kalau rasa-rasa nak tambah atau mana yang rasa tak perlu, depends la kan. Tapi jangan asyik ingat barang baby je, mama punya barang pun kene jugak.
 
Mama stuff
1) Maternity pad (Jenama pureen ada yang itu tebal dan panjang. Kalau dah habis tu pakai je pad overnight)
2) Nursing bra (Beli yang ada clip tu. Boleh beli online jenama AUTUMZ banyak jual. Yang ini beli dalam 3 atau 4 la. Sebab bra ni sangat berguna selagi kita boleh breastfeed)
3) Jamu. Kalau mana yang makan jamu tu, mcm-mcm ada jual jamu utk set bersalin lengkap. I dulu masa berpantang tak makan jamu. Just makan pil ikan haruan je. Tapi ada orang kata tak elok untuk badan kalau tak makan jamu. Tapi entahlah.. Depends pada uolls okay.
4) Pam menyusu (Yang ini suggested beli manual pun dah ok. Murah dan lagi tinggi keberkesanannya. I'm using manual pum brand ANAKKU. Sebelum ni guna brand PUREEN, tapi end up patah dan sangat lenguh masa nak pam. Tapi brand ANAKKU ni sangat lembut dan senang je, harga RM60). Kalau nak beli electrical pump pun boleh cuma lebih mahal dan elok beli bila kita betul2 confirm yang kita ada byk susu utk di pam. Takut nanti beli beribu-ribu tapi rupanya susu kita jenis tak banyak. Tak ke rugi..
 
Okay, list below you can consider to buy:-
1) Stroller. (Macam2 jenis stroller yang dijual sekarang. But for me, the most important is the baby comfortable and it is simple and compact umbrella fold convenient for travelling. Takut tak muat pulak masuk dalam boot kereta esp kereta yang kecik2. And make sure convenient for new born)
2) Car seat (Penting utk yang hantar baby ke rumah pengasuh).
3) Katil baby. Biasakan baby tidur di katil sendiri bagi mengelakkan terhempap anak masa kita tidur tu. Who knows kan?
 
Erm.. apa lagi ye? mengikut firasat aku, ini je la kot antara yang terpenting. Kalau tertinggal tu, ampun patik terlupa.
 
Here are the list antara yang jual barang baby online.  
 
1) Fabulous mom www.fabulousmom.com/
2) little whiz www.littlewhiz.com/‎
3) My bbstorewww.mybbstore.com/

Haa.. Ini contoh NUK bottles. Tengok puting dia. Sama tak dengan mummy dia punya? Eh? Hehhe.. Puting ni ada macam2 saiz. Macam yang ini saiz 1 (0-6 month) and ada size S, M, L. Size S for breastmilk, water (coz cair kan?), M for formula milk (lebih pekat) dan yang lain-lain. ‎‎


Okay ini adalah contoh car seat (combination seat). Suitable for newborn baby until 4 years old. Better beli terus yang ini daripada menggunakan baby carrier as your newborn car seat.
 
Baby carrier ni guna sangat la sekejap. Bila baby 2,3 bulan, dah tak muat dah. Dah terjulur dah kaki baby. Tapi still berguna la sebagai carrier nak angkut anak sana sini.
 Okay, ini salah satu contoh stroller umbrella fold. Bila lipat, dia jadi sebatang cam payung. Bukan 4 segi macam stroller yang lain. Jimat ruang and suitable for travel. Tapi makesure beli yang convenient for new born okie?
 
Haa.. Yang ini lah keadaan bila dah lipat. Kereta boot kereta kancil/kelisa pun muat. Brand Sweet Cherry banyak jual kat AEON. Harga lebih murah dalam RM200+ je.
 
 Ini rupa kalau stoller biasa yang dilipat. Besar dan makan space kan?

 
For storage breast milk, this is storage milk plastic . We can store our breastmilk for stock at freezer like this. Jimat space kan? Sangat tersusun. And make sure, susun ikut tarikh store. Senang nak guna yang mana satu dulu (guna yang paling lama dulu). Before store your stock, please note the date and volume of milk.
 
 
Macam mana nak tahu volume of milk? Haa.. mcm ini lah ok..
 
 
Kalau pakai storage bottle pun boleh, tapi kalau nak buat stock, kene beli banyak la pulak bottle kan? And your freezer will end up like this. Eh? This is definitely not mine okay. Hehhe..
 
 
(All pictures are creadit to google image)
 
So, semuanya terpulang pada anda. Which suit you better,then go for it! Tapi kena la berjimat selagi boleh. Memang semua ibu nak yang terbaik untuk anak mereka kan? Sapa taknak! Tapi apa-apa pun bergantung pada kemampuan kita.
 
And utk mama yang dah tunggu masa je nak deliver tu, make sure u olls dah standby beg utk ke hospital. Yang penting buku merah tu (dari klinik kesihatan tu).
 
Antara yang perlu di sediakan di dalam beg emergency adalah:
 
Mama
1) Tuala (incase if you hospitalized 3,4 days mesti nak mandi kan, so stuff yang seangkatannye la seperti berus gigi, ubat gigi, sikat, pencuci muka, sabun dll)
2) Attire- nursing bra, underwear, maternity pad, kain batik, T-shirt
3) Stokin, sweater (incase sejuk aircond)
4) Buku merah pregnancy dari (Klinik Kesihatan tu)

Baby
1) Kain lampin
2) Pampers
3) Baju baby (4 helai pun dah cukup kot), bengkung perut, kain bedung, selimut
4) Baby stuff macam minyak yu yee, bedak dll.
5) Botol susu tak dibenarkan di bawa ke hosptital ye
 
Okay, and anything you want to add. That's all i think. Banyak dah tips2 ni. Agar berguna ye.
 
Okay till then, babai
Much love,