Pages

Thursday 21 November 2013

Everythings goes wrong!

Assalamualaikum,
 
Oh hari ini sangat malang.
Lepas satu, satu malapetaka datang.
Semuanya mengenai kerja makmal saya.
Alkisahnya begini.
Pagi tadi saya menggunakan rotavap
(*rotavap-sejenis alat untuk memisahkan solvent dari sample)
Ok. Bila dah habis guna, saya pun keluarkan flask sample dari muncung rotavap itu.
Disebabkan suhu yang saya gunakan adalah 80 degree, agak panas juga tangan bila memulas flask itu keluar. So, saya yang kurang cerdik ini membiarkan flask saya yang sudah hampir separa keluar itu begitu sahaja kerana niat nak ambil tisu atau kain untuk lapik tangan. (panaslah katakan)
Sekali tiba-tiba flask sample saya terjatuh ke dalam water bath rotavap itu dan air di water bath itupun masuk ke dalam sample saya. Oh, no! Ok, satu masalah dah.
Tak pasal-pasal perlu rotavap semula untuk mengeluarkan air water bath tadi dari sample. Sebenarnya takut ada contamination juga kerana air di water bath itu bukannya bersih pun.
Okay, sabar...
Then, bila tengah rotavap kali ke dua, tangan saya ni pulak gatal untuk rendahkan pressure untuk jimatkan masa sikit. Tapi bila dah rendahkan pressure, sepatutnya saya harus tunggu takut pressure tersebut tidak sesuai tapi saya boleh pergi ke tandas pulak tu! Balik dari tandas, saya tengok, habis semua sample saya telah disedut oleh rotavap itu. Semuanya!!!! Oh no! Masalah kedua datang.
Boleh tak tiba-tiba saya menangis time tu!
Saya pun ambil balik sample+solvent saya di collecting flask, untuk rotavap semula kali ke3!!
Alhamdulillah berkat kesabaran dan istighfar banyak-banyak, semua solvent dapat di keluarkan dari sample. Yahooo!!
Dengan gembiranya saya ambil sample itu untuk proses seterusnya iaitu washing the sample to precipitate out the excess of reactant. Just wash with acetonitrile and methanol. Then bila dah wash, filter. Alhamdulillah, saya pun dapat produk ionic liquid yang saya nak. Tapi kena rotavap lagi sekali lah. Sebab tadi washing dengan solvent acetonitrile and methanol kan? Okay.. Takpe, rotavap kali ni dengan berhati-hati agar tidak jadi macam tadi.
*rotavap*
Ok, dah sudah! Saya tengok produk saya sikit je sebab banyak yang dah tumpah masa flask jatuh tadi (1st problem). Tapi takpelah. Tapi saya tengok, banyak wap-wap air dalam flask. Air merupakan masalah besar dalam ionic liquid. So, saya pun ambil tisu and forcep untuk lapkan wap air dalam flask tadi. *berhati-hati sebab takut tisu jatuh dalam produk---kang naya!!*
Belum pun sempat minda berkata-kata, tup tup tisu tadi pun dah jatuh dalam flask dan meresap semua produk ionic liquid saya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (tanda seru banyak sikit!!! sebab ini masalah besar! ) - ini masalah no 3!
Dah lah produk tu punyalah cinonet! Boleh pulak kena makan dengan tisu tu!
Cepat-cepat saya selamatkan ionic liquid saya dari flask dan tuang dalam small vial. Agak separuh jugaklah sample yang diserap oleh tisu tu.
Dalam berhati-hati meletakkan small vial itu di atas meja, boleh pulak vial tu terjatuh lalu separuh dari sample saya tumpah pula atas meja!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!( ini masalah no 4)
Pernah tak rasa nak hantuk kepala kat dinding? Saya pernah. Baru sekejap tadi bila masalah-masalah ini timbul! Bila timbang produk ionic liquid saya hanya 1.8gram sahaja out of 10.0033g. Bila kira percent of yield, 18% sahaja!!!! Omaigod! Serius rasa nak balik je.
Kenapa saya membebel-bebel ni? Tahu tak anda, bahawa proses mensintesis ionic liquid saya sebelum proses rotavap pagi tadi adalah 2 minggu punya kerja dan sangat rumit dan leceh! Dan bayangkan dalam masa satu hari, semua penat lelah selama 2 minggu sebelum ni semuanya sia-sia! Nasib masih ada 1.8gram. Cukuplah untuk simple characterization. Oh, lagi satu. Chemical yang diperlukan untuk mensintesis ionic liquid tadi semuanya sudah habis. *Ok demm--
Tapi dari sudut positifnya, mungkin ada hikmah atas apa yang berlaku. Kita tak tahu. Allah swt tahu. Belajar dari kesilapan itulah pembelajaran terbaik! So, bila beristighfar banyak-banyak, baru tenang sikit. Bila tengok jam pukul 3.38pm, baru teringat diri ini tak solat zohor lagi sebab asyik menyiapkan kerja lab yang bertimpa-timpa dengan masalah tadi. Tapi disebalik semua kecelakaan ini, ada dua benda positif yang ku dapat hari ini. Pertamanya saya dapat submit satu paper ke ICFAS conference di KLCC June tahun hadapan dan yang kedua, duit claim saya yang ke conference IOGSE di Sabah, bulan lepas dah di bank-in kan.. Alhamdulillah..
 
* Mungkin ada yang tidak faham dengan apa yang saya bebelkan tadi. Sorrylah. Sepatutnya tak perlu jadi issue pun tapi sebab tensen punya pasal. Perlu di luahkan!
 
Assalamualaikum..