Pages

Wednesday 5 June 2013

Anak dah pandai apa?

Assalamualaikum
 
Hai semua yang sedang membaca blog ini. Maaf sebab lama menyepi tanpa khabar berita. Almaklumlah busy sangat kan. Ini pun curi-curi taip sebab ada benda yang saya ingin kongsikan. Okay, straight to the point lah (nama pun curi masa kan?). Pernah tak anda (ibu-ibu) ni rimas bila ada sesiapa yang bertanya pada anda:-
 
"anak kau dah 9 bulan kan, dah tumbuh gigi? apa? belum lagi? lambatnye..." Minah kata
"anak 5 bulan tak boleh menyiarap lagi?.. anak aku 3 bulan dah menyiarap" kak Ton kata
"anak kau ni taknak dengan orang.. kuat memerap! apa lah.." Din kata
"wah.. mak buat PhD, mesti anak bijak ni.. Anak dah pandai apa dah?" Wak Man kata
 
bla..bla..bla.. dan seangkatan dengan nya. Haa.. rimas tak? ke aku sorang je rasa rimas? kekeke
(eh maaflah ye Joyah, Minah, Kak Ton, Din, Wak Man.. bukan nama sebenar okay. Sorry petik2 nama anda) Actually, bukan lah soalan sebijik macam ni keluar. It just lebih kurang lah.. Tapi aku tak kisah pun kalau dia hanya bertanya dengan niat just nak tahu dan dia care pada anak aku. Tapi kalau tanya lebih-lebih ni dan soalan yang lain diikuti pula dengan niat nak membanding-bandingkan dan memperlekehkan kebolehan anak aku, aku rasa itu yang tak wajar.
 
 Kadang-kadang aku pulak yang risau. Lembap sangat ke anak aku ni? Teruk sangat ke dia? Kenapa ada orang-orang lain yang menyibuk nak tahu. Kadang-kadang malas nak layan. Aku jawab acuh tak acuh je. Pernah juga aku menipu sikit-sikit konon anak aku dah pandai itu-ini. Bagi aku, biarlah kan. Perkembangan budak ni lain-lain. Ada yang cepat, ada yang lambat. Takkanlah budak sekecik ini pun nak dibanding-bandingkan.. Seolah-olah macam bagitahu, lembap giler anak kau? Ok. Over.
 
Kadang-kadang risau jugak. Biasalah semua ibu nak yang terbaikkan. Tapi bila fikir-fikir balik, biarlah janji anak aku sihat dah alhamdulillah..Dah bersyukur sangat-sangat. Sampaikan aku jadi risau kenapa orang lain pulak yang risau. Macam berlumba-lumba pulak dan seolah-olah megah dengan kebolehan anak mereka. Kasihan pada si kecik.. Lambat sikit, orang mengata.. Pandai sangat pun orang mengata jugak. Hmm..
 
I admit, anak aku ni jenis kuat memerap. Dia hanya nak mama dia je. Pantang mama dia bangun, berjalan sikit, dah merengek. Sampai tak jadi kerja dibuatnya. Apatah lagi kalau mama dia nak mandi, nak solat. Memang menangis meraung bila tengok mama dia tak ada. Tapi bila mama dia dah dukung, terus senyap. Tapi aku rasa itu adalah perkara biasa terjadi pada anak-anak yang fully breastfeed (mungkin sesetengah sahaja). Pernah juga cuba mengajar anak hisap botol, tapi ditolaknya puting itu dengan lidah. Tapi Alhamdulillah, bila pengasuh dia yang bagi, pandai pula dia hisap sebab tahu mama dia pergi kerja kot. Nak tak nak kena hisap botol jugak. Itu pun memang kena rajin pump susu untuk jadikan stock. Cuba jugak bagi formula milk tapi semua dia tolak.. Haih.. Tak apalah.. Selagi kita mampu beri susu ibu, selagi itu kita kena beri. Almaklumlah, susu ibu ni special. Tak ada dijual di mana-mana. So, selagi ada susu, lebih baik kita bagi daripada membazir and end up kering je tak ada susu dah kan. Rugi namanya tu..

Okay enough dah sesi membebel dan luahan perasaan seorang mama ni.. Nanti merapu lain.
 
 
P/S: Bila baca balik entry ni, aku pun serabut. Sekejap guna kata nama saya, sekejap aku. Ahh.. ikutlah..
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment