Pages

Wednesday 15 May 2013

Permainan popular zaman 90's

Assalamualaikum
 
I was born on 1985. So, saya ni membesar dalam tahun 90-an. Terlalu banyak kenangan semasa zaman kanak-kanak dulu. Permainan dulu bukan macam permainan sekarang ni which is so called technology! Wut? No i pad! No computer game! No facebook! No candy crush! No! No! So, you guys nak tahu apa permainan kami masa kecil-kecil? Check this out guys! Permainan zaman 90's

Okay, permainan pemadam. Dulu pemadam jenis ni sangat popular di kalangan murid2 sekolah. Maybe sebab ini je pemadam yang dijual. Maybe? Apa nak buat dengan pemadam ni? Macam mana nak main? Haa.. senang je. Just tekan hujung pemadam ni biarkan pemadam ni bergolek-golek ke pihak lawan. Kalau pemadam kita bergolek dan memhempap pemadam pihak lawan, anda menang! yay!! paham tak? ke tak paham?! hahahha.. kalau tak paham, gugle boleh? kakaka


 Main tutup botol/tin. Permainan ni pun sangat popular suatu masa dahulu. Sehinggakan ada permainan tutup tin di pertandingkan kat sekolah. Yup sangat famous.


 
Lompat getah. Waaa.. this one sangat kenangan! Permainan ni sangat popular di kalangan budak2 pompuan. Dulu, sebelum tunggu bas sekolah datang, sebelum tunggu loceng sekolah bunyi, lompat getah adalah permainan yang sangat popular.

 
Teng Teng. Lompat teng teng ni banyak versi. Ada yang buat teng teng roket la. Teng teng bentuk kapal terbang la. Yang saya selalu main bentuk teng teng macam ni.

 
Oh main tiup belon ini pun tak boleh lupa. Selalu lawan tiup siapa punya belon paling besar. wohohoho


Kapal terbang ni pun tak boleh lupa. Kapal terbang ni dia ringan and kita kena pasang siapkan benda ni. Selalu beli ramai-ramai then tengok kapal terbang sapa paling terbang jauh. huhu

 
Batu seremban. Batu seremban ni pakai batu pun boleh cuma sakit sikit la kan. Janji ada 5 biji. Kalau kain macam ni selalu diorang letak pasir atau kacang hijau kat dalam.

 
permainan baling tin atau kadang diorang guna selipar, sangat la kenangan and legend. Coz, saya dan kumpulan pernah menang wakil kelas 6 teratai masa sekolah rendah dulu main baling tin ni. Kekekke.. hebat tak? *berlagak sangat* hehe

 
Haaa.. siapa masih ingat nama permainan ini? Saya rasa main lompat tikus kot. Betul ke? Arghh lupa! Tapi saya selalu ingat dulu masa sekolah rendah selalu main permainan ni waktu rehat.
 
 
Haa.. girls out there!! paper doll ni ingat lagi tak? Masa tu mana mampu nak beli barbie doll kan.. So, paper doll pun jadilah.. kan?

 
Dan banyak lagi permainan dulu2 seperti galah panjang, polis entry. Sampai sekarang i dont know how to spell is it polis n thief? or polis and three? or polis entry? tapi kalau ikut logiknya polis and thief la kan? Siap ada lagu lagi and the song is like this
"polis and tree want to jaga, polis mati pencuri jaga"
or something like that coz i dont remember exactly the song.
But sometimes i wonder. Mana datangnya permainan2 ni ek, sebab permainan ni sangat popular tak kira anda di selangor, perak, kelate, johor or else! or even anda di kampung atau bandar. Semua main permainan yang sama. Lagu2 rakyat pun sama. Semua orang tahu lagu rakyat zaman dulu. Macam
 
"air pasang dalam..."
"ola-oli ku beri nama..."
 
Dan lain lagi. Lagu-lagu ni ada diputarkan ke kat radio? Sebabnya kira macam trend pulak lagu-lagu rakyat waktu dulu kan?
 
Okay, i think its enough la kot dengan permainan zaman 90's. Nanti i upload pulak untuk makanan atau jajan yang popular zaman 90's ok.
 
Till then,
Much love

No comments:

Post a Comment