Pages

Tuesday 27 December 2016

Everland here we come!!

Hoho, i think it is already 2 months since we went back from Korea.. Baru nak update pasal Everland.. Actually we went to Everland on day 6th.. A totally one day trip! Everland ni jauh jugak but not that far.. I think just `1 hour je kot.. Tips to Everland:
1) Please plan your itinerary.. Pergi waktu hari cerah dan tak hujan and weekdays.. Not weekend okay... Kalau tak, habis masa beratur je..
2) Please bring food.. especially kalau ada kids, please prepare some biscuits and drink.. Masa masuk tu,diorang tak check bag pun.. So, please bring your lunch.. For me, that time we bring nasi (microwave siap2 dari hostel) and some makanan segera dalam tin and sambal tumis.. Itupun dah walla!! Sedap!! But you also can buy shrimp burger.. there is one burger restaurant they sell shrimp burger! oh, that one so nice..
So, how to go to Everland if you are travelling with kids and grand parents? I would suggest the best is just use the trip package. Senang tak payah pening-pening kepala.. First, go to the Everland website. Then go to the Everland guide and transportation.. There will have a time table of shuttle bus.. Or, you can just straight away to the package include by Daesung Tour.. Total price for adult is 47,000 won include general admission to Everland and round trip bus and for kids is 39,000 won.. How to book is, you have to call them one day before or two days before departure.. So what i did was, i asked my hostel receptionist to call them for me.. Easier!!! So just tell  them your name, how many adults and kids and what station you gonna wait.. Then, pay the total by cash at the bus station. They will give you the tickets there. Mudahkan.. So, because i stayed in Jongno area, my station of course la Jongno (3) ga station exit 12. Senang mudah.. Tak payah naik subway dah.. Jalan kaki je dari hostel.. Make sure you will be there earlier like 10-15 minutes. They definitely not gonna wait you.. When you arrive at Everland, you have to take shuttle bus from Everland parking area to Everland main gate. For return, your bus will departure on 6.30pm.. So, plan your time accordingly..
Everland ni series besar!! Besar gila.. Mula-mula masuk please take tour map!! This is must! Kalau tak, mahu sesat dalam tu.. Map boleh dapat dekat pintu masuk utama, jgn risau.. Because of the Everland is so huge, i recommend, please start on zoo safari first.. Entahlah, maybe because you have kids and orang tua, so safari is the best choice to go first.. Adrenaline nak main roller coaster tu, macam tak de sangat.. So, we start on Safari first.. Safari dia besaaarrr.. and best gilos!! bak kata my dad, seumur hidup dia tak pernah pergi safari yang awesome macam ni! for me, sangat berbaloi..

Ini bila baru sampai Everland

Study map dulu.. baru boleh jalan,.


Ini di lost valley.. Sini boleh naik bas yang 2 alam tu..


Ada panda.. Tak payar bayar extra mcm kat zoo negara tu.. Memang best!

Berbaloi..

Ini paling best! bas bot ni macam amfibia.. 2 alam.. atas darat boleh, atas air pun boleh.. 

Animals is just around the corner.. Dekat sangat2!!

Ini paling best!! Giraffe siap masuk kan kepala dalam bas lagi.. macam awesome gila!

Diorang cakap korea je.. Tapi sangat suka tengok diorang bekerja.. Ikhlas. Tengok macam happy je bila cerita pasal animals kat sana..

Ini pun best jugak! Animal safari.. Memang dekat habis.. Yang best kat sini, sebab haiwan diorang in action. Takla tido je kan?

Hah, ini white tiger.. first time tengok ni..

ini paling best! Bear in action.. Series! the bears siap berlari-lari lagi.. 

Hah, ini masa bear tu lari nak dapatkan makanan.. Memang awesome!.. 

 I recommend that this safari you go first,, Sebab safari sini lain sangat dengan Malaysia.. memang best and awesome.. Kalau lambat, orang makin ramai, and beratur panjang.. Okay, after we done with all the safaris.. we took lunch and solat zuhur.. Sini ada surau sebelah mistery mansion.. Tapi campur lelaki n perempuan. Luckily, masa kami solat, its just our family je.. So, mudah la.. Bila dah habis solat, baru ramai orang masuk take turn.. After we settle with lunch and solat, at 2.30 pm  (i think) there is a parade.. macam pertunjukkan kereta berhias mcm tu.. just nice je timing..

Hah ini masa nak tunggu parade..

Best okay.. Lama jugak tau.. Rasanya dalam 20 min jugak!.. Okay, setel parade kami berpakat dengan mak abah suruh tunggu kat gate depan pukul 5.30pm sebab bas bertolak 6.30pm.. Disebabkan kami ada kids, kami terus ke kids area.. Semua permainan budak2.. Mak abah prefer tangkap gambar je..

So, kami pun naik kuda ni.. Ini orang dewasa pun boleh naik.. hehe

Sesi bergambar


Bila dah nak balik.. 

So overall Everland ni MUST GO!! Seriously..Memang best! Besar sangat sampai tak cover semua pun.. Yang roller coaster and yang lain memang tak dapat naik.. Ye lah, nak setel anak lagi kan.. Dapat pergi Safari tu pun dah okay sangat..Nak bergambar lagi.. Berjalan lagi.. So, bas bertolak balik 6.30pm.. Sampai Jongno dah malam.. Makan apa yang ada je kat bilik.. Memang penat betul.. Malas nak singgah-singgah restaurant dah.. Apa-apapun, Everland memang ttooorrrbaikkk...



Tuesday 29 November 2016

Itinerary Day 5- Everland (postpone). Shopping Gwanjang market, Dongdaemun, Insadong

Bila mana kau malas nak tulis tesis, tapi sangat rajin pulak nak tulis blog, kau rasaa?? macam nak campak diri sendiri je! bwerk ;p
Ok enough melalut. So, harini nak sambung cerita haritu tentang itinerary ke Seoul. Ok, So sambung intinerary hari ke 5 di mana kami pergi ke Everland. yearpppp! Actually memula rasa macam tak perlu kot nak ke sini. Satu sebab mahal, satu lagi sebab jauh. Tapi bila pikir-pikir balik, dah alang-alang sampai, takkan tak nak pergi kan? Eh, silap!! Ampun, sebenarnya kami ke Gwanjang market, Dongdaemun and Insadong pada hari 5. Sepatutnya memang kami ke Everland hari ke 5, tapi mengikut whether forecast, pada hari tu hujan! So, kami cancel plan, kami akan ke Everland pada hari ke 6 memandangkan hari ke 6 cerah katanya. So, kami tukar plan, hari ke 6 yang sepatutnya hari shopping, kami awal kan ke hari ke 5. See, nampak tak pentingnya check whether forecast dulu? Kalau tak, mahunya basah kuyup nanti bila ke Everland. Rugi beli tiket mahal-mahal.. 
So, hari ke 5, kami terus ke Gwanjang market. Kat sini, kebanyakannya orang nak shopping kain cotton korea. Murah jugak, 3 helai, 10,000 won dalam RM 37 la macam tu sehelai. Nak ke sini, kami naik teksi je sebab dekat sangat nak ke Gwanjang market ni dari hostel kami. Turun di Jongno 5 ga. Tapikan kat sini, ada jugak tempat makan  diorang. So, macam geli je bila nak lalu kawasan makan ni.. Nampak je hidung haiwan tu terhidang. Macam yukssss sangat,. 

Ini di Gwnajang market.

So, selesai di Gwanjang market, kami terus ke Dongdaemun, jalan kaki pun boleh sebab dekat jugak. Next stop je. Lagi pun sepanjang perjalanan tu lalu tepi-tepi kedai yang jual barangan murah jugak. Boleh la cuci mata.. Bila sampai Dongdaemun, kami macam blur jugak, mana marketnya? Nasib ada police tourist kat situ. Dia akan assist tourist, kalau nak pergi mana-mana. Sgt helpful, siap keluarkan map dan tunjuk kita kat mana dan mana tempat yang perlu dituju. So, rupanya satu Dongdaemun adalah marketnya bergantung nak cari barang apa.. Kalau nak shopping kain ada kawasan jual kain sahaja. Kalau nak baju, ada kawasan jual baju je.. Mula-mula ingatkan dalam market. Rupa2nya satu Dongdaemun tu ada lobok kedai murah. Tapi kami takla shopping sangat pun sebab tak tahu nak beli apa.. Jalan-jalan je la.. Oh, bila dah tengahari kat Dongdaemun kami tahu memang sangat popular dengan ikan bakar Dongdaemun. Tapi kami tak tahu pulak mana lokasinya, so bila tanya police tourist tu, dia tunjuk kat mana.. Rupanya dia kat area Dongdaemun, food stall.. Tapi bukan dalam food stall tu tau. Kat area food stall tu, ada lorong kecik, just for ikan bakar. So, masuk situ. Kalau tak tahu, tanya orang or police tourist tu. Dongdaemun fish grill. Diorang pandai speaking. Jangan risau.

Ikan Bakar Dongdaemun
Dekat sini memang banyak gerai yang jual hanya ikan bakar sahaja. So, jangan risau. Memang boleh makan. Siap dia tahu je kita dari Malaysia dan ada yang boleh cakap melayu lagi panggil-panggil suruh singgah.. Dekat kedai ikan bakar ni, ada disediakan tempat untuk family makan bersila kat tingkat atas.. macam loteng la. Kat sini ada aircond and bersih sebab kena buka kasut. Murah jugaklah sebab seekor ikan siap nasi dan kimci 7000 won je,. Ikan boleh pilih.. Sedap, series sedap! Kami repeat dua kali kot! hahaha.. Selesai makan kami balik ke hostel, untuk rehat dan solat. Petang tu kami ke Insadong. Jalan kaki je sebab dekat dengan hostel.

Ini Hyemouenyun gate ke apa ntah namanya.. Kat Dongdaemun jugak..


Ini Dongdaemun Design Plaza. Ini macam convention center diorang la..


Ini Ikan bakar Dongdaemun tu.. ruang atas boleh bersila. Adib seronok sebab habis dia merangkak.. Melawat kawasan katanya.. Nasib kami je yang disitu..

Ini ikan bakar dan kimci yang terhidang..

Hasilnya.. Licin!!! 

Ini chef kedai nya.. 

Insadong
Di Insadong, tempat souvenir dan barang-barang antik korea. Menarik sangat! Saya suka suasana Insadong sebab tak padat macam Namdaemun dan Myeondong. Relax-relax je.. Di Insadong ada jugak restaurant halal. Ada little India tapi kami tak singgah sebab tak boleh masuk makanan India, So, kami google ada satu restaurant vegetarian yang selalu kebanyakan orang Malaysia singgah.. Untuk ke sini, sukar kalau tak biasa sebab dia di dalam lorong-lorong kecik.. Tapi senang je, kalau pandai cari.. Ok, kalau perasan kat Insadong street tu, ada farmasi. Rasanya itu satu-satunya farmasi kot kat sana. Sebelah farmasi tu, ada lorong. So, masuk lorong tu, jalan dalam 50 meter kot, ada lorong kecil sebelah kanan. Masuk je lorong kecil tu, jalan dalam 10 meter.. Nampak restaurant tu.. Best jugak rupanya.. 


Ini di Insadong restaurant tu.. Boleh makan jangan risau. Sebab semua vege. non meat.


Haa... Ini luar kedainya.. Kalau nampak luar kedai tu,macam ni, papan tandanya betul la tu,,

Sedap betul Delisha makan.. Dia ada soup.. Delisha memang kaki sup. Menarik jugak la...


Ok, sampai di sini sahaja hari ke5.. So, esoknya say helllooooooo Everland!! buhbye

Sunday 27 November 2016

Day 4- Nami Island and Myeondong. Cara ke Nami island

Untuk hari ke 4 ni, kami ke Nami Island. Sebenarnya, untuk ke Nami ni, kena check whether forecast dulu.. Sebab ni aktiviti luar. Kalau hujan, rugi pergi.. So, bila sampai sana susun jadual supaya hari nak ke Nami ni, tak hujan dan cuaca baik.. begitu juga jika ke Everland.. Terdapat 3 cara untuk ke Nami Island ni..
1) By subway
Ini paling budget dan mencabar. Sangat lah tidak sesuai untuk family yang complete dengan baby, kids dan org tua.. Sebab nak Nami ni, jauh jugak.. Dalam 4 subway jugak la tukar line.. Itu baru pergi, belum balik lagi.. Tapi low cost la..
2) By shuttle bus
Untuk naik shuttle bus ni kena booking dulu.. Boleh booking di Naminara website. Kat sini dia bagitahu waktu pickup di mana.. Pada mulanya kami nak ikut kaedah ni.. Yelah, mudahkan.. Tapi sebab kami tak sempat nak call dan booking.. Dan malas nak cari bus stop yang dia suruh jumpa tu, so kami pilih kaedah ke tiga.. Tapikan, rupa2nya, bus stop dia ni di Tapgol park di Insadong sangat dekat dengan hostel kami... Laaaaa... baru tahu bila kami jalan-jalan sekitar insadong, dan ternampak banyak bas parking di tepi taman tu.. Rupanya itulah Tapgol park.. Dekat sangat dengan hostel kami.. Tapi takpelah, lagipun kami tak booking.. So kami pilih kaedah ke 3 iaitu pakai ITX
3) By ITX
Ok ini pun praktikal jugak untuk family jika nak ke Nami Island.. Ada 2 station boleh naik jika nak ke Gapyeong station (Nami Island). Sama ada Yongsan station atau Cheonganyani station. Bergantung pada jarak hostel  ke station tersebut.. Jika dari cheongyangni ke Gapyeong dalam 40 minit je, kalau Yongsan dalam sejam jugak kot sebab Yongsan jauh skit.. Disebabkan kami duduk di Jongno maka mudah sangat jika nak ke Cheongyangni station.. Tak perlu tukar line pun.. straight line. Rasanya line 1 kot.. Selang 4 stop rasanya.. Tapi jika nak naik ITX ni kena booking or beli tiket siap-siap.. Kami beli lewat.. Esoknya nak pergi, malam sebelum tu baru beli tiket.. So, masa pergi kami tak ada seat.. So berdirilah selama 40 minit.. Tapi tiket murah sikit berbanding yang ada seat.. Train ni terus ke Gapyeong, tak ada stop station lain.. Rasanya dia stop satu dua tempat je.. Bukan mcm subway la.. Kami masa ni, duduk bersila je atas lantai.. Ada yang duduk ditangga.. Begitulah.. Sapa suruh lambat beli tiket kan.. hehe.. Tapi masa balik tu, kami dapat seat.. Alhamdulillah..

Kami bertolak 9.30am dan balik train 3.30pm. So makesure, tak terlepas train tau.. Kami sengaja balik awal sikit sebab taknak sampai malam kat hostel.. Bila dah sampai di gapyeong station, untuk ke Nami boleh naik bus atau teksi.. Untuk yang ini, saya suggestkan pilihla teksi.. Bukan apa, bus yang disediakan bukan shuttle bus ke straight to Nami tau. Itu bus awam. So kita pun tak tahu bus stop kat mana.. and bus tu pusing kampung  dulu.. So, naik je teksi. Jimat masa.. Nak naik teksi pun beratur panjang tau. Tapi jgn risau sebab teksi banyak..
Bila dah sampai ke Nami Island, kena beli tiket. Rasanya 8000 won sebab foreigner. Masa tu punyalah ramaiiiiiiii.. Kami sengaja pergi hari isnin bukan weekend sbb nak elak ramainya manusia.. Sekali ramai jugak.. Dengan rombongan sekolah la apa la.. And bila dah beli tiket, kena naik cruise utk ke sana.. Time tu beratur tak payah cakaplah, memang panjang, penuh! Boat pun tak banyak.. Tapi jgn risau sebab dia cepat. Ramai boleh masuk dalam satu cruise.. So, takla slow beratur tunggu turn..
Bila sampai Nami, kami terus amik shuttel taxi utk pusing satu pulau. Ok jugak la.. Kat sini mudah sebab boleh solat.. Di sediakan surau dan ada makanan halal.. Kami makan di Asean Cuisine. Nasib kami makan awal jugak. Itupun hampir pukul 12 kot.. Kalau tak, penuh.. masa kami tengah makan, rupanya ramai yang beratur tunggu di luar. Kat Asean Cuisine ni ada bilik solat. So lepas makan terus solat.. Selesai solat aktiviti bergambar la kan.. Kami pakat dengan mak abah tunggu di boat pukul 1.45 ke pukul 2 sebab nak kejar train kul 3.30. Nasib tunggu awal sebab masa nak balik, kena beratur jugak naik cruise.. Bila dah sampai seberang sana, beratur naik teksi pulak. So, plan timing siap2 k.. Masa kami pun just nice je untuk berposing bergambar kat sana..
So, kami sampai ke hostel dalam pukul 5 jugak.. Sempatla untuk solat asar dan berehat.. Tapi kami lepas solat, sambung berjalan ke Insadong street.. Sebab dekat je dengan hostel kami. 5 minit jalan kaki.. Lepas maghrib, malam tu kami ke Myeondong..
Nak ke Myeondong, kami naik teksi je.. haha, mudah! malas nak tukar2 line.. Di Myeondong ni syurga fashion and cosmetic la.. Punya la banyak kedai cosmetic. Kat situ pun banyak jugak yang jual makanan halal.. So, malam tu kami beli je, kebab and ada jugak kuih-kuih dan makanan yang boleh di makan.. Bak kata orang kat sana, kalau dia jual semuanya fish, beli je.. boleh makan.. Tapi kalau orang tu jual campur fish and meat, memang tak boleh la.. So, kat sini saya beli mask, aloevera gel tu untuk souvenir untuk kakak2 saya.. mask sangatlah murah.. Beli banyak-banyak boleh bagi sorang sekeping dua..
So layan gambar2 dibawah ni ya

So, inilah cruise nya untuk ke Nami..


Ini shuttle taxi yang saya kata tu.. cost dah lupa.. Tapi dalam 3000 won kot adult












Okay, ini Gapyeong station. Tunggu train nak balik..


Ini Insadong street.. Sempat jugaklah ke sini lepas balik dari Nami.

Tu tengok Delisha tu.. Memang penat habis.. Tidur macam tu.. kesian betul.. Nak buat macamana mak bapak kaki jalan.. Suruh duduk hostel ikut atok uwan, taknak..

Ini Myeondong street.. Malam tu lepas maghrib, kami ke sini.. Punyalah ramai umat manusia... 

Okay, cukuplah.. Nanti sambung lain k.