Pages

Tuesday 29 November 2016

Itinerary Day 5- Everland (postpone). Shopping Gwanjang market, Dongdaemun, Insadong

Bila mana kau malas nak tulis tesis, tapi sangat rajin pulak nak tulis blog, kau rasaa?? macam nak campak diri sendiri je! bwerk ;p
Ok enough melalut. So, harini nak sambung cerita haritu tentang itinerary ke Seoul. Ok, So sambung intinerary hari ke 5 di mana kami pergi ke Everland. yearpppp! Actually memula rasa macam tak perlu kot nak ke sini. Satu sebab mahal, satu lagi sebab jauh. Tapi bila pikir-pikir balik, dah alang-alang sampai, takkan tak nak pergi kan? Eh, silap!! Ampun, sebenarnya kami ke Gwanjang market, Dongdaemun and Insadong pada hari 5. Sepatutnya memang kami ke Everland hari ke 5, tapi mengikut whether forecast, pada hari tu hujan! So, kami cancel plan, kami akan ke Everland pada hari ke 6 memandangkan hari ke 6 cerah katanya. So, kami tukar plan, hari ke 6 yang sepatutnya hari shopping, kami awal kan ke hari ke 5. See, nampak tak pentingnya check whether forecast dulu? Kalau tak, mahunya basah kuyup nanti bila ke Everland. Rugi beli tiket mahal-mahal.. 
So, hari ke 5, kami terus ke Gwanjang market. Kat sini, kebanyakannya orang nak shopping kain cotton korea. Murah jugak, 3 helai, 10,000 won dalam RM 37 la macam tu sehelai. Nak ke sini, kami naik teksi je sebab dekat sangat nak ke Gwanjang market ni dari hostel kami. Turun di Jongno 5 ga. Tapikan kat sini, ada jugak tempat makan  diorang. So, macam geli je bila nak lalu kawasan makan ni.. Nampak je hidung haiwan tu terhidang. Macam yukssss sangat,. 

Ini di Gwnajang market.

So, selesai di Gwanjang market, kami terus ke Dongdaemun, jalan kaki pun boleh sebab dekat jugak. Next stop je. Lagi pun sepanjang perjalanan tu lalu tepi-tepi kedai yang jual barangan murah jugak. Boleh la cuci mata.. Bila sampai Dongdaemun, kami macam blur jugak, mana marketnya? Nasib ada police tourist kat situ. Dia akan assist tourist, kalau nak pergi mana-mana. Sgt helpful, siap keluarkan map dan tunjuk kita kat mana dan mana tempat yang perlu dituju. So, rupanya satu Dongdaemun adalah marketnya bergantung nak cari barang apa.. Kalau nak shopping kain ada kawasan jual kain sahaja. Kalau nak baju, ada kawasan jual baju je.. Mula-mula ingatkan dalam market. Rupa2nya satu Dongdaemun tu ada lobok kedai murah. Tapi kami takla shopping sangat pun sebab tak tahu nak beli apa.. Jalan-jalan je la.. Oh, bila dah tengahari kat Dongdaemun kami tahu memang sangat popular dengan ikan bakar Dongdaemun. Tapi kami tak tahu pulak mana lokasinya, so bila tanya police tourist tu, dia tunjuk kat mana.. Rupanya dia kat area Dongdaemun, food stall.. Tapi bukan dalam food stall tu tau. Kat area food stall tu, ada lorong kecik, just for ikan bakar. So, masuk situ. Kalau tak tahu, tanya orang or police tourist tu. Dongdaemun fish grill. Diorang pandai speaking. Jangan risau.

Ikan Bakar Dongdaemun
Dekat sini memang banyak gerai yang jual hanya ikan bakar sahaja. So, jangan risau. Memang boleh makan. Siap dia tahu je kita dari Malaysia dan ada yang boleh cakap melayu lagi panggil-panggil suruh singgah.. Dekat kedai ikan bakar ni, ada disediakan tempat untuk family makan bersila kat tingkat atas.. macam loteng la. Kat sini ada aircond and bersih sebab kena buka kasut. Murah jugaklah sebab seekor ikan siap nasi dan kimci 7000 won je,. Ikan boleh pilih.. Sedap, series sedap! Kami repeat dua kali kot! hahaha.. Selesai makan kami balik ke hostel, untuk rehat dan solat. Petang tu kami ke Insadong. Jalan kaki je sebab dekat dengan hostel.

Ini Hyemouenyun gate ke apa ntah namanya.. Kat Dongdaemun jugak..


Ini Dongdaemun Design Plaza. Ini macam convention center diorang la..


Ini Ikan bakar Dongdaemun tu.. ruang atas boleh bersila. Adib seronok sebab habis dia merangkak.. Melawat kawasan katanya.. Nasib kami je yang disitu..

Ini ikan bakar dan kimci yang terhidang..

Hasilnya.. Licin!!! 

Ini chef kedai nya.. 

Insadong
Di Insadong, tempat souvenir dan barang-barang antik korea. Menarik sangat! Saya suka suasana Insadong sebab tak padat macam Namdaemun dan Myeondong. Relax-relax je.. Di Insadong ada jugak restaurant halal. Ada little India tapi kami tak singgah sebab tak boleh masuk makanan India, So, kami google ada satu restaurant vegetarian yang selalu kebanyakan orang Malaysia singgah.. Untuk ke sini, sukar kalau tak biasa sebab dia di dalam lorong-lorong kecik.. Tapi senang je, kalau pandai cari.. Ok, kalau perasan kat Insadong street tu, ada farmasi. Rasanya itu satu-satunya farmasi kot kat sana. Sebelah farmasi tu, ada lorong. So, masuk lorong tu, jalan dalam 50 meter kot, ada lorong kecil sebelah kanan. Masuk je lorong kecil tu, jalan dalam 10 meter.. Nampak restaurant tu.. Best jugak rupanya.. 


Ini di Insadong restaurant tu.. Boleh makan jangan risau. Sebab semua vege. non meat.


Haa... Ini luar kedainya.. Kalau nampak luar kedai tu,macam ni, papan tandanya betul la tu,,

Sedap betul Delisha makan.. Dia ada soup.. Delisha memang kaki sup. Menarik jugak la...


Ok, sampai di sini sahaja hari ke5.. So, esoknya say helllooooooo Everland!! buhbye

No comments:

Post a Comment