Pages

Saturday 26 November 2016

Tips ke Seoul Korea. Travel with kids and parents

Hai, kali ni nak cerita pasal trip ke Seoul haritu.. Kami bertolak 21 Oct-28 Oct haritu.. Kira2 8 hari 7 malam.. waktu tu musim luruh and just nice kalau nak tgk pokok2 warna kuning, oren la, merah la.. Memang cantik... Suhu pn just nice.. Tak sejuk sangat dn tak panas..just okay if u bring kids.. Maghrib pun dlm kul 6, so takla awal sgt malam.. kalau dtg waktu winter kul 4 lebih dh maghrib dah.. so, siang pendek tak puas pulak jalan kan.. so, ini sy nak bagi tips kalau travel with kids and mak abah.. Sebab if you travel with kids and grand parents, extra preparation kena buat sebab kena fikirkan keselesaan diorag jugak.. tak boleh la syok sendiri jalan sakan kan.. Ok, so what should you do?
1) Plan itenerary
Kalau travel without travel agent, itenerary kita kena buat sendiri.. ini penting supaya semua tempat yang kita nak pegi, attraction di Seoul, kita dapat pegi.. so, mcamana nak buat itenerary? First kena buat research.. google la kan.. cari tempat yang menarik wajib pergi jika ke Seoul.. bila dah senaraikan, so kita plan susun jadual hari apa nak pergi, dan bila.. Ingat, kita travel dgn kids and grand parents, so make sure jadual tak tight and kena flexible.. cukupla sehari 2, 3 tempat.. sebab tu kena pegi 7 hari.. kalau 5 hari mcm pack sgt kan.. plan saya, pagi satu tempat, tghari satu tempat, dalam 2.30 tu makesure dah otw ke hostel sebab nak solat zuhur then tunggu asar n magrib.. ala, tak lama pun sbb asar pun kul 3.30 mcm tu, mahrib dlm nak kul 6.. Disebabkan kami travel 7 hari, so kami tak boleh jamak.. So, selalunya waktu tu untuk my dad n my mom rehat kat hostel sbb penat jalan kan. Selalu time ni la kalau nak mandi ke atau makan..Sy dan husband selalu keluar jugak lepas asar sementara nak tunggu maghrib.. Tapi jalan dekat2 je la.. selalunya ke Insadong dan palace.. sebab hostel kami dekat2 situ je..Then, malam kul 6 keluar balik untuk jalan2 malam pulak.. Second, setiap tempat yg kita nak pergi tu kena makesure how to go there.. i mean subway route.. sbb byk line and exit.. salah line n exit, mau sesat nanti.. Tapi to be honest, most of the time kat sana kami naik teksi je.. senang.. Sebab my dad, sakit lutut, tak larat panjat tangga.. Oh, subway diorg, memang bertingkat2.. lift tak semua subway ada.. so memang tak stroller friendly..  kesian my dad panjat tangga so kami naik teksi je. Teksi tak berapa mahal.. mula2 diorg set 3000won.. kalau dekat2 kami naik teksi je, tak mahal pun utk travel 4 adults and 2 kids mcm kami ni.. Tak payah panjat tangga n jalan jauh.. Tahan teksi ja.. teksi pun banyak..  cuma untuk jalan jauh baru naik subway.. sebab tu kena pilih hostel yang dekat2 town.. Untuk itenerary, next post saya akan cerita satu-sat secara detail.

Okay, ini contoh itinerary saya.. korang siap kira total cost kat sana.. Mudah sikit.. Atleast kita dah asingkan duit total cost dengan duit shopping.. Macam kami kira total fees sana dalam 147,000 won exclude meal.. Tapi kami minta seorang 200,000 won termasuk duit makan and whatsoever additional cost kat sana.. So, takdelah sampai sana nanti segan-segan minta duit kat mak abah kan.. Tapi tak semestinya kena ikut sibiji-sebiji.. Just ini guide line sahaja mana yang patut pergi dan macamana nak kesana. Apa-apapun semua terpulang waktu, cuaca dan keadaan di sana..


2) Kriteria hostel yang penting
Ok, kenapa perlu tgh town, supaya mudah untuk ke sana sini naik teksi ja, and mudah utk balik solat. Maklumlah, mana ada surau utk solat kan, so, kena pilih yang dekat dengan town. Selain dari tu, makesure, hostel yg dipilih ada lift atau elevator.. mana taknya, takkan la korang nak panjat tangga bertingkat2 kan.. sbb most of the guesthouse, tak ada lift tau.. So makesure masa booking, ada lift hostel tu.. yang lain, kalau ada fridge pun lagi bagus sbb kita kat sana nak masak jugak.. takkan nak makan luar je kan.. so makesure ada fridge dan bawak bekalan utk masak siap2 dari Malaysia.. Kami bawak nasi impit sbb senang rebus je.. and tahan lama kalau nasi impit.. bawakla periuk kecik untuk masak2.. bila nasi impit habis, kami beli je nasi microwave kat sana.. just panaskan nasi pakai microwave je.. makanan dlm tin pun mudah, just panaskan je, maggi, sardin, roti biskut.. oh, kalau ada baby, bawak sekali bubur instant.. saya bawak 2 kotak, habis terus.. mujur bawak 2 kotak sebab ingat nak bawak sekotak je..
Private bathroom penting sebab mudah nak berak kencing.. Takla kena beratur kalau nak ke toiletkan.. lagi satu yg penting, kena dekat dengan subway.. saya duduk di area Jongno.. oh, hostel saya namanya Fortune Jongno Hostel. Ini highly recommended! Sebab apa tau, sebab dekat sangat dengan subway jongno 3(sam) ga.. subway ni connect with 3 lines tau.. line 1,3,5.. so mudah sangat kalau nak kemana2.. jongno ni dekat sangat dengan insadong street tu.. 5 minit jalan.. lagi best, dekat area palace2 tu.. so, memang boleh jalan kaki.. tapi kami naik teksi la.. mana larat kan.. Mula2 kami booking di Itaewon inn, tapi bila dapat tahu, tak ada lift and bila tgk subway map, rupanya itaewon ni jauh dari town.. kira pinggir bandar la, so kami cancel order and amik area jongno.. Nasib, pilihan kami tepat.. Rupanya itaewon ni kawasan berbukit.. Nak ke masjid Itaewon pun kena mendaki.. Naaaasiibbbbb tak duduk situ..huhu
3) Bawak carrier for baby
Adib time tu baru masuk 8 bulan, dia dah boleh duduk.. so, kami bawak stroller yang duduk je.. yang kecik and ringan tu just incase dia taknak duduk dlm carrier kan.. sbb kat Seoul ni semua bertangga, so kena bawa stroller yang mudah.. Tapi most of the time, Adib duduk dlm carrier je.. mudah.. agak2 dia nak tido, sy letak dia dalam carrier, sambil jalan tu tepuk2 bontot dia.. terus tido.. Adib sangat behave.. Maybe dia suka cuaca sana sebab berangin je.. sejuk.. kadang2 dia tidur sendiri dlm carrier.. so stroller tu kakak dia pun boleh pakai..
4) ubat2 jgn lupa
Ini penting sebab sana ubat mahal kot.. so makesure bawak la ubat demam n ubat cucuk bontot tu..in case kalau diorg demam takla risau kan.. Tapi Alhamdulillah, Adib and Delisha okay..
5) bawak snack and botol air..
Ini pentibg supaya diorg tak lapar.. Yelah, travel dengan kids kan.. ini pun sangat berguna kalau atas flight.. kasi diorg kunyah2.. Nak suruh telan air liur diorg pun tak faham.. so, bagi je snack utk diorg hisap2.. bukan junk food tau..  snack for babies yg healty tu.. 
ok ini saya sertakan beberapa gambar kami kat sana.. jumpa lagi.. Nanti kami cerita detail itinerary kat sana.. babai..



No comments:

Post a Comment