Pages

Friday 21 June 2013

Trip to Sandakan

Assalamualaikum..
 
Tak jawab dosa, kalau jawab sayang.. ahaks
 
Okay guess what? Last week i went to Sandakan, Sabah. It was okay la. First time sampai sana. Kalau Kota Kinabalu tu, dah biasa dah. Kami bertolak 15hb June (Sabtu) hingga 18hb June (Selasa). 4 hari 3 malam je. Tak lama pun, tapi itu pun dah cukup lama dan elok-elok saja. Kalau sekejap sangat pun tak puas, kalau lama sangat, kita pun tak tahu nak buat apa kan. So, just nice!
We flew by MAS airline sebab kami dapat ticket murah. Just imagine KL-SDK, just RM76 return. Murah tak? Mughaahhhh sangattt!! My hubby la tiba-tiba call kata dia try survey MAS, then suddenly masa tu memang tgh promotion, then kami pun dapat harga tu. So, kami pergi berlima. Me, my hubby, and daughter, and my MIL and FIL. It was fun la untuk bercuti dan tenangkan diri dari segala masalah-masalah research ku itu.
 
Sebelum kami pergi, of course la kami dah booking kereta and hotel dulu. Kereta sewa kami cari kat mudah.com.my je. Kereta saga BLM, RM130 perday. Agak mahal jugak sebab dulu masa di KK, kami sewa saga FLX pun baru RM110 perday. Maybe, Sandakan kurang tourist kot compare to KK, so mahal sikit lah kot.. Kami pun redah je la. Then hotel kami booking di Hotel London, Sandakan. Hotel ni sangat murah bayangkan hanya RM58 perday untuk standard room (queen bed). Keistimewaan hotel ni sebab dia betul-betul tengah town. tapi yang tak istimewanya, hotel ni tak ada lif (kesian my MIL tak larat panjat tangga. Nasib baik tingkat 1) dan agak lama sikit. So kalau masuk bilik, toilet, ada yang dah kopak la, tuala koyak la dll. Tapi kami fikir, tak apalah, just untuk tidur je kan. Tapi bila kami jalan-jalan kat town, kami terperasan satu hotel baru ni. Marine Bay Hotel Sandakan. Hotel ni terletak betul-betul di depan pasar sandakan dan tepi laut. Memang strategik habis la. Kami pun try la survey harga, just RM78 perday. Ok la kot. Hotel baru, depan pasar, tengah-tengah town, tepi laut! So, kami pun terus booking untuk malam kedua dan malam ketiga kat sini. Hotel ni memang tip top, marvellous, baru, cantik, kemas dan ada lif! Best kot!!
 
Okay, so apa yang ada di Sandakan? Apa yang menarik! Check this out guys!
 
1) Sepilok Orang Utan Sanctuary and rehabilitation centre
Sini tempat wajib u olls kene pergi kalau dah sampai Sandakan. Bak kata my hubby, kalau sampai Sandakan, tapi tak datang sini, lebih baik tak payah datang. Tiket masuk for adults (Malaysian) hanya RM 5 sahaja. Murah la dan berbaloi. Orang Utan sini raw punya berbanding di Bukit Merah or di zoo. Sebab di sana duduk dalam pagar kan? Kat sini kita masuk dalam hutan, tempat tinggal dia. Okay, waktu feeding adalah pada pukul 10am dan 3pm sahaja. Kalau uolls terlepas waktu itu, lebih baik tak payah datang sebab orang utan ni hanya keluar waktu feeding sahaja. Kalau bukan waktu feeding tu, punyalah susah nak nampak melainkan kalau uolls tunggu dan rajin cari atas-atas pokok. Tapi dinasihatkan datang waktu feeding tu sebab orang utan tu yang akan keluar sendiri untuk makan.
 
 
Dia tahu dia adalah tarikan, so siap buat aksi lagi. Amboii..
 
 
2) Sepilok Recovery Centre.
Alang-alang dah sampai Sepilok, datanglah singgah sekejap di Recovery Centre. Sini uolls boleh berjalan-jalan menikmati pemandangan dari atas-atas pokok. Ada banyak sangat jambatan (ala-ala jambatan gantung, cuma lebih kukuh) dan ianya sangat tingggggiiiiiii... Bayangkan kita berada at the top of the tree.. Kat sini umpama library of the jungle la. Ada macam-macam jenis pokok dan haiwan (burung la, tupai la dll). But honestly we did'nt see any of them (haiwan). Hahaha 
 
 
 
3) Kedai ikan bakar sim-sim
Kalau nak pekena ikan bakar yang fresh dan murah dan sedap jangan lupa singgah di sim-sim. Sangat sedap uolls.. seriously. Dekat sini ada ikan, sotong, udang, ketam dll. Harga berdasarkan jenis ikan dan saiz dan harga pun boleh tawar lagi. Just pilih ikan yang kita nak, dan mereka akan bakarkan ikan itu lagi. kat sini macam-macam jenis ikan ada dan besar-besar ala-ala saiz tapak tangan. Apa yang best nasi free, air kosong sejuk pun free. Normally dia akan terus sediakan satu bekas nasi dan satu jug air sejuk, pinggan dan cawan.Yang istimewa adalah sambalnya. Ada 2 jenis sambal (diletakkan di atas meja). Cara makan just makan ikan dengan campuran sambal tersebut pastu makan ngan nasi. Memang wallllaaaaaaa!! Menjilat pinggan kot!
 
 
 
 
4) Pasar tamu Sandakan
Pasar tamu ni hanya dibuka pada hari ahad je kalau tak silap la dari pagi sampai petang. Macam-macam dijual. Dari makanan, pakaian, haiwan, jewellery, fashion dll. Menarik jugak la. Pasar tamu ni terletak di tengah-tengah town. Tepi kedai-kedai je. So, kalau pilih hotel yang betul-betul tengah town, sangat senang dan tak perlu cari parking. Oh, sini parking sangat susah. Kalau ada pun mahal. Mereka kira every half hour. Misal kata kalau park 2 jam, dah kene RM4. Tapi ada jenis-jenis tempatnya. Kalau terceruk dan jauh sikit, murah sikit la.. Saya pun tak paham macam mana kiranya.
 
 
5) Pasar umum Sandakan
Pasar ni pun kira tempat wajib yang kena pergi. Aras bawah adalah pasar basah dan pasar kering. Di pasar kering terdapat ikan kering, udang kering, udang masin, rumpai laut, buah, sayur. Oh sini rumpai laut sangat murah. Bayangkan rumpai laut warna ungu tu boleh dapat RM7 untuk 1kg. Kalau warna hijau tu boleh dapat RM10 untuk 1kg. Sini pun ada yang jual telur penyu secara sorok-sorok. Di pasar basah pula ada jual macam-macam jenis ikan, udang, sotong dll pada harga yang sangat murah!! Di level 1, kedai makan dan menjual pakaian dan souvenir. Kalau nak beli souvenir, baju,beg,kasut, kosmetik boleh beli di sini. Tapi jangan lupa tawar menawar. Kadang-kadang harga boleh 2x ganda.


 
 
Saya rasa buat masa ni that's all dulu la. Kalau ada lagi tempat menarik yang saya teringat, saya update okay! Overall, percutian yang sangat menarik! Bila lagi dapat melawat tempat orang kan? Tak tahu bila lagi boleh sampai Sandakan lagi. Hmm..
 
(Some pictures are credit to google image - Tak sempat nak tangkap gambar :))

No comments:

Post a Comment