Pages

Thursday 16 May 2013

Junk food popular 90's

Assalamualaikum semua.
 
Haritu saya dah promise kan untuk cerita pasal makanan / jajan yang popular di kalangan kanak-kanak riang macam kami ni. Jajan is not good for health!  i know but somehow it is really tempting! hahaha.. like kadang-kadang tiba-tiba kita teringin nak makan something kan. Pendek kata kempunan la pulak.. Huhu.. so, check this out. Maybe jajan2 di bawah ni hanya popular pada saya dan mungkin tidak pada anda kan. So, it depends.
 
I'm not sure what you guys call this. Tapi saya panggil asam keping. Bila dah besar ni, i get confused with asam keping yang kat dapur org buat masak-masak tu. haha
 
Tora datang lagi!!  Dulu, Tora dan Ding Dang ni kategori jajan mahal jugak la kan. Sebab harga dia RM1. Dulu RM1 ni boleh kata mahal jugak la. Sebab biasanya cekedis biasa just 20sen, 30 sen je. Tora ni mahal sebab ada mainan dan coklat dalam dia. Masa kami dulu, kami beli just nak mainan je coz coklat bulat2 dia tu takdelah sedap sangat. Kadang dah lemau. But then i realized that the toy pun bukan best pun! hahaha.. Kalau tak silap, siap ada iklan Tora and Ding Dang lagi kat TV memperkenalkan setiap mainan baru diorang. Haha
 
 
Aiskrim 20 sen. Macam-macam perisa ada. Dulu sebatang aiskrim ni kami akan kepak kan jadi 2. So, sebelah lagi kasi kakak atau adik. Jimat sangat kan. Terkenang betapa berharganya nilai 20 sen dulu.
 
Ingat lagi tak chewing gum ni? Harga dulu 30 sen je kalo tak silap. Ada macam2 perisa. Saya suka perisa anggur dan strawberi.
 
 
Gula-gula ni pun sangat fames satu masa dahulu. 10sen dapat 2 biji. Kadang-kadang 10sen dapat 3 biji.
 
 
 
Lagi satu wafer coklat yang sangat popular adalah wafer coklat jenis ni. Entahlah, dulu maybe tak pernah dengar atau belum wujud lagi atau tak tahu tentang wafer coklat cadbury ke apa ke. Memang tahu yang ini sahaja. Dan sangat lah sedap pada masa itu melainkan kalau dah masuk angin.
 
 
Okay? Agak-agak saya yang popular bagi saya ini lah kot. Eh, lagi satu yang sangat popular yang memang jadi trend pada satu masa dahulu adalah ini. I know ini bukan junk food, cuma tetibe teringat yang kami adik-beradik memang penggemar komik ini.
 
 
Dulu kami simpan buat koleksi siri 1-43. Tapi last skali hilang entah ke mana. Dulu setiap hari menanti siri keluaran terbaru. Yang selalu beli komik ni adik saya. So, bila dia beli je komik ni, me and my sisters akan berebut-berebut chop next--- So, akan beratur siapa baca dulu, then siapa, then siapa.. No curik-curik baca. No kau baca, aku tumpang baca sebelah. No baca sama-sama. We olls memang kedekut! hahaha. Kadang-kadang tu saja je baca slow-slow. Bagi diorang tension menunggu! Hahaha.. Tapi memang kenangan kan? Siapa ada all the series? I nak beli.. boleh?
 
Kenangan-kenangan zaman kanak-kanak memang menjadi memori. Now, we all semua dah besar. Semua dah kahwin dah beranak pinak. Allah, cepat betul masa berlalu..
 
Pejam celik--pejam celik--
 
 

Wednesday 15 May 2013

Permainan popular zaman 90's

Assalamualaikum
 
I was born on 1985. So, saya ni membesar dalam tahun 90-an. Terlalu banyak kenangan semasa zaman kanak-kanak dulu. Permainan dulu bukan macam permainan sekarang ni which is so called technology! Wut? No i pad! No computer game! No facebook! No candy crush! No! No! So, you guys nak tahu apa permainan kami masa kecil-kecil? Check this out guys! Permainan zaman 90's

Okay, permainan pemadam. Dulu pemadam jenis ni sangat popular di kalangan murid2 sekolah. Maybe sebab ini je pemadam yang dijual. Maybe? Apa nak buat dengan pemadam ni? Macam mana nak main? Haa.. senang je. Just tekan hujung pemadam ni biarkan pemadam ni bergolek-golek ke pihak lawan. Kalau pemadam kita bergolek dan memhempap pemadam pihak lawan, anda menang! yay!! paham tak? ke tak paham?! hahahha.. kalau tak paham, gugle boleh? kakaka


 Main tutup botol/tin. Permainan ni pun sangat popular suatu masa dahulu. Sehinggakan ada permainan tutup tin di pertandingkan kat sekolah. Yup sangat famous.


 
Lompat getah. Waaa.. this one sangat kenangan! Permainan ni sangat popular di kalangan budak2 pompuan. Dulu, sebelum tunggu bas sekolah datang, sebelum tunggu loceng sekolah bunyi, lompat getah adalah permainan yang sangat popular.

 
Teng Teng. Lompat teng teng ni banyak versi. Ada yang buat teng teng roket la. Teng teng bentuk kapal terbang la. Yang saya selalu main bentuk teng teng macam ni.

 
Oh main tiup belon ini pun tak boleh lupa. Selalu lawan tiup siapa punya belon paling besar. wohohoho


Kapal terbang ni pun tak boleh lupa. Kapal terbang ni dia ringan and kita kena pasang siapkan benda ni. Selalu beli ramai-ramai then tengok kapal terbang sapa paling terbang jauh. huhu

 
Batu seremban. Batu seremban ni pakai batu pun boleh cuma sakit sikit la kan. Janji ada 5 biji. Kalau kain macam ni selalu diorang letak pasir atau kacang hijau kat dalam.

 
permainan baling tin atau kadang diorang guna selipar, sangat la kenangan and legend. Coz, saya dan kumpulan pernah menang wakil kelas 6 teratai masa sekolah rendah dulu main baling tin ni. Kekekke.. hebat tak? *berlagak sangat* hehe

 
Haaa.. siapa masih ingat nama permainan ini? Saya rasa main lompat tikus kot. Betul ke? Arghh lupa! Tapi saya selalu ingat dulu masa sekolah rendah selalu main permainan ni waktu rehat.
 
 
Haa.. girls out there!! paper doll ni ingat lagi tak? Masa tu mana mampu nak beli barbie doll kan.. So, paper doll pun jadilah.. kan?

 
Dan banyak lagi permainan dulu2 seperti galah panjang, polis entry. Sampai sekarang i dont know how to spell is it polis n thief? or polis and three? or polis entry? tapi kalau ikut logiknya polis and thief la kan? Siap ada lagu lagi and the song is like this
"polis and tree want to jaga, polis mati pencuri jaga"
or something like that coz i dont remember exactly the song.
But sometimes i wonder. Mana datangnya permainan2 ni ek, sebab permainan ni sangat popular tak kira anda di selangor, perak, kelate, johor or else! or even anda di kampung atau bandar. Semua main permainan yang sama. Lagu2 rakyat pun sama. Semua orang tahu lagu rakyat zaman dulu. Macam
 
"air pasang dalam..."
"ola-oli ku beri nama..."
 
Dan lain lagi. Lagu-lagu ni ada diputarkan ke kat radio? Sebabnya kira macam trend pulak lagu-lagu rakyat waktu dulu kan?
 
Okay, i think its enough la kot dengan permainan zaman 90's. Nanti i upload pulak untuk makanan atau jajan yang popular zaman 90's ok.
 
Till then,
Much love

Monday 13 May 2013

Persiapan bagi ibu mengandung

Assalamualaikum
 
Disebabkan harini saya sangat free (free la sangat kan padahal ada je kerja nak buat), so i think why don't i help for those yang tengah nak buat checklist beli barang baby? hohoho.. rajin sangat ni. So that i can share which one is important, which one is not. Which thing you should buy, which is not necessary. Okay, i know, the budget is not cheap but barang baby lagi mahal daripada barang-barang kita tau.  But it depends on how you arrange your money lar. Ok, check this out:
 
List below you should buy before your due date . Pendek kata persiapan la.. but still depends on your thought. Elok beli barang-barang baby when your pregnancy is in 6-7 months. Kalau lambat sangat, takut kita la tak larat nak berjalan sebab dah sarat kan.
 
Baby bath
1) Towel (2 pun cukup)
2) Baby bath from head to toe wash (senang.. boleh pakai utk shampoo dan sabun mandi. I prefer yoghurt pureen tu)
3) Minyak yu yee cap limau
4) Nappy rash
5) Bedak
6) Cotton bud, Cotton bulat (utk bersihkan pusat baby)
7) ketip kuku baby
8) Besen mandi
9) Kain lampin
10) Pampers newborn (i prefer Pet Pet cause it is more cheap and ok je)
 
Baby stuff
1) Baju newborn (atau 0-3 bulan) lengan pendek (siang), lengan panjang (malam) -- (beli 3 set, 3 set pun dah ok)
2) Tempat tidur tilam dan bantal. (Kalau boleh cari yang cotton sebab sejuk sikit bagi selesa dan nyaman je baby tidur).
3) Kalau rumah agak2 banyak nyamuk, boleh la beli kelambu yang macam payung tu.
4) Topi takut panas dan sejuk
5) Bengkung perut baby
6) Kain bedung baby
7) Selimut
8) Mittens (ke apa org panggil tutup tangan dengan kaki baby tu? beli 3 set pun dah ok)
9) Beg baby for travelling
 
Baby feeding
1) Botol susu (beli yang saiz kecik je, 5 oz pun dah ok coz baby minum sikit je). I want to suggest beli yang NUK punya brand. Beli yang puting kuning tu. Lembut sikit and puting dia lebih kurang mcm bentuk nipple mama. So, baby tak confuse la.
2) Brush bottle, liquid cleaser
3) Storage bottle. Atau pakai storage plastic pun boleh. Murah dan jimat space kalau nak buat stock breast milk.
 
Rasanya yang ini je la kot antara yang penting. Kalau rasa-rasa nak tambah atau mana yang rasa tak perlu, depends la kan. Tapi jangan asyik ingat barang baby je, mama punya barang pun kene jugak.
 
Mama stuff
1) Maternity pad (Jenama pureen ada yang itu tebal dan panjang. Kalau dah habis tu pakai je pad overnight)
2) Nursing bra (Beli yang ada clip tu. Boleh beli online jenama AUTUMZ banyak jual. Yang ini beli dalam 3 atau 4 la. Sebab bra ni sangat berguna selagi kita boleh breastfeed)
3) Jamu. Kalau mana yang makan jamu tu, mcm-mcm ada jual jamu utk set bersalin lengkap. I dulu masa berpantang tak makan jamu. Just makan pil ikan haruan je. Tapi ada orang kata tak elok untuk badan kalau tak makan jamu. Tapi entahlah.. Depends pada uolls okay.
4) Pam menyusu (Yang ini suggested beli manual pun dah ok. Murah dan lagi tinggi keberkesanannya. I'm using manual pum brand ANAKKU. Sebelum ni guna brand PUREEN, tapi end up patah dan sangat lenguh masa nak pam. Tapi brand ANAKKU ni sangat lembut dan senang je, harga RM60). Kalau nak beli electrical pump pun boleh cuma lebih mahal dan elok beli bila kita betul2 confirm yang kita ada byk susu utk di pam. Takut nanti beli beribu-ribu tapi rupanya susu kita jenis tak banyak. Tak ke rugi..
 
Okay, list below you can consider to buy:-
1) Stroller. (Macam2 jenis stroller yang dijual sekarang. But for me, the most important is the baby comfortable and it is simple and compact umbrella fold convenient for travelling. Takut tak muat pulak masuk dalam boot kereta esp kereta yang kecik2. And make sure convenient for new born)
2) Car seat (Penting utk yang hantar baby ke rumah pengasuh).
3) Katil baby. Biasakan baby tidur di katil sendiri bagi mengelakkan terhempap anak masa kita tidur tu. Who knows kan?
 
Erm.. apa lagi ye? mengikut firasat aku, ini je la kot antara yang terpenting. Kalau tertinggal tu, ampun patik terlupa.
 
Here are the list antara yang jual barang baby online.  
 
1) Fabulous mom www.fabulousmom.com/
2) little whiz www.littlewhiz.com/‎
3) My bbstorewww.mybbstore.com/

Haa.. Ini contoh NUK bottles. Tengok puting dia. Sama tak dengan mummy dia punya? Eh? Hehhe.. Puting ni ada macam2 saiz. Macam yang ini saiz 1 (0-6 month) and ada size S, M, L. Size S for breastmilk, water (coz cair kan?), M for formula milk (lebih pekat) dan yang lain-lain. ‎‎


Okay ini adalah contoh car seat (combination seat). Suitable for newborn baby until 4 years old. Better beli terus yang ini daripada menggunakan baby carrier as your newborn car seat.
 
Baby carrier ni guna sangat la sekejap. Bila baby 2,3 bulan, dah tak muat dah. Dah terjulur dah kaki baby. Tapi still berguna la sebagai carrier nak angkut anak sana sini.
 Okay, ini salah satu contoh stroller umbrella fold. Bila lipat, dia jadi sebatang cam payung. Bukan 4 segi macam stroller yang lain. Jimat ruang and suitable for travel. Tapi makesure beli yang convenient for new born okie?
 
Haa.. Yang ini lah keadaan bila dah lipat. Kereta boot kereta kancil/kelisa pun muat. Brand Sweet Cherry banyak jual kat AEON. Harga lebih murah dalam RM200+ je.
 
 Ini rupa kalau stoller biasa yang dilipat. Besar dan makan space kan?

 
For storage breast milk, this is storage milk plastic . We can store our breastmilk for stock at freezer like this. Jimat space kan? Sangat tersusun. And make sure, susun ikut tarikh store. Senang nak guna yang mana satu dulu (guna yang paling lama dulu). Before store your stock, please note the date and volume of milk.
 
 
Macam mana nak tahu volume of milk? Haa.. mcm ini lah ok..
 
 
Kalau pakai storage bottle pun boleh, tapi kalau nak buat stock, kene beli banyak la pulak bottle kan? And your freezer will end up like this. Eh? This is definitely not mine okay. Hehhe..
 
 
(All pictures are creadit to google image)
 
So, semuanya terpulang pada anda. Which suit you better,then go for it! Tapi kena la berjimat selagi boleh. Memang semua ibu nak yang terbaik untuk anak mereka kan? Sapa taknak! Tapi apa-apa pun bergantung pada kemampuan kita.
 
And utk mama yang dah tunggu masa je nak deliver tu, make sure u olls dah standby beg utk ke hospital. Yang penting buku merah tu (dari klinik kesihatan tu).
 
Antara yang perlu di sediakan di dalam beg emergency adalah:
 
Mama
1) Tuala (incase if you hospitalized 3,4 days mesti nak mandi kan, so stuff yang seangkatannye la seperti berus gigi, ubat gigi, sikat, pencuci muka, sabun dll)
2) Attire- nursing bra, underwear, maternity pad, kain batik, T-shirt
3) Stokin, sweater (incase sejuk aircond)
4) Buku merah pregnancy dari (Klinik Kesihatan tu)

Baby
1) Kain lampin
2) Pampers
3) Baju baby (4 helai pun dah cukup kot), bengkung perut, kain bedung, selimut
4) Baby stuff macam minyak yu yee, bedak dll.
5) Botol susu tak dibenarkan di bawa ke hosptital ye
 
Okay, and anything you want to add. That's all i think. Banyak dah tips2 ni. Agar berguna ye.
 
Okay till then, babai
Much love,
 
 
 

Sunday 12 May 2013

Salam perkenalan..

Assalamualaikum
 
Haih, ini kali ke tiga saya buat blog. The 1st one was Kota Kecilku back to 2005 during my degree time in UKM. Then on 2008 i'd switched to Katerina007 which is Bila Hati Berbicara. Sebab kenapa buka blog baru, heh mestilah sebab nak buka buku baru. That time i was doing my master. So, konon nak cerita benda baru la kan. At Katerina, there are a lot of things yg i share.. Mostly pasal relationship, kawan-kawan, my master research and i do put my puisi pujangga kat sana. Ok, i admit kadang2 ada masa bila stress, atau bosan, terkeluar jugak puisi, or sajak or whatever they called. Tapi memang hentam kerapu langsung tak boleh panggil puisi. kakakaka... tapi still ok lar kan.. ada semangat kemelayuan kat situ. Then bila master dah habis, then bekerja, then kahwin, then ada anak, so i have no time to update my blog and Katerina007 hanyalah tinggal kenangan.. sob sob..
 
So, now, i sambung belajar lagi for my PhD, so i buat lagi satu blog which is yang ini la kan. Kenapa Aimy? Well, this is because, Aimy stand for our family name and of course our combination name between my name and my husband's name :) Which is Maisara and Hilmy = Aimy. So we decide, for all our lovely children have to put Aimy for their first name no matter boys or girls. Hahaha.. semangat sangat. So, our first daughter's name is Aimy Delisha. Hahaha.. Kalau nak tahu, Delisha also a combination name tau. It came from her atok atok name. My FIL name is Dali and my dad's name is Shahrom. See, nampak tak kat situ. It became Dalisha.. Well, we do check the meaning of the name. Kalau tak nanti pandai-pandai combine nama, tapi tak ada maksud pulak kan or kalo tak, bawa bad maksud. Kang tak pasal-pasal pulak kan.. So we google je Maksud Aimy Dalisha:
 
Aimy : Keberkatan
 
But Dalisha tak ada maksud. Tapi yang ada maksud hanya Delisha. Which is:
 
Delisha  : Happy and make others happy
 
Hah, so di situ lah datangnya Aimy Delisha.. haha creative tak we olls? Delisha ala-ala delicious giteww.. our beautiful, lovely, cute and kuat merengek daughter.. hahaha.. Yup, despite the Delisha's meaning is happy and make others happy, but my Delisha seems not happy at all cause she is kuat menangis type.. All she wants is me being with her alllll the time. Bayangkan dia taknak dengan orang lain. Just her mother only.. wahahaha.. not even her babah as well (kadang2 tu nasib dia nak jugak)! Tapi nasib baik dia nak dengan pengasuh dia. Kalau tak susah nak pergi kerja. Just imagine, kadang-kadang sampai tak boleh buat kerja. Nak mandi, masak, solat, hurm.. kena tunggu dia tidur dulu baru boleh buat semua tu. . Haihh.. Tapi walau apa pun, she is the best precious gift from Allah to us. We love her with all of our heart.. Tetap sayang biasalah, sapa tak sayang anak kan...? Dia lah pengubat di kala duka.. 
 
So, this is our Aimy Delisha. Time ni dia 5 months
 
 
Budak kecik yang punyalah susah nak senyum dan ketawa. Buat lah lawak, mimik muka ke, apa ke, dia hanya senyum sikit je. Dan selebihnya muka dia seolah-olah tengah berpikir, "apalah yang makcik ni buat?" hahaha.. Tapi bila dia senyum, fuhhh.. melting!!! Believe me, now Delisha dah 8 bulan, this is only (dan beberapa) picture gambar senyum dia.. yang lain tu, semua muka serius je.. Entahlah, maybe terkenan dengan perangai aku kot. Sebab masa aku mengandungkan dia, i'm just started doing my research (I was RO (research officer)). So, faham-faham je la. Dengan tak paham the research, the chemicals lambat sampai, the results was not okay, i didn't get the result and i was so stress! So, it's not good for pregnancy woman. Huhu
 
 
And this is her wanting us to buy for her this Thomas and Friends toy. This is at Toy'r'us, Midvaley. Puaslah babah dia tolak dia keliling kedai. Berhenti sikit, merengek suruh tolak lagi. Hahaha, nasib baik tak suruh mama dia. Okay, the price is of course la expensive RM300+ sebab the brand kan, tak mampula kami ni. So we decide to transfer her to the cheaper one, less than hundred but end up dia menangis.. Hohoho Amboi, dah pandai nak memilih mainan ye.. Haila.. bankrupt la.. Tapi kami tak beli pun.. Lama2 dia senyap sendiri.. woohoo
 
 
Okay, till then! Harap2 this is the last blog for me! no more tukar2 blog dah! hahaha..
 
Babai..
 
Much love,
xoxo