Pages

Monday 24 June 2013

Trip to Sandakan part II

Assalamualaikum..

Hello semuaa.. Sihat ke? Almaklumlah musim jerebu ni. Saya ni yang duduk di Perak ni pun, dah mula terasa penangan jerebu. Bau asap menusuk-nusuk ke lobang idung! haih.. Lemas betul! Okay lah, so saya akan sambung cerita sebelum ni mengenai Sandakan. I forgot several places yang you should go if you are in Sandakan. So, there you are...

Sambungan...

6) Agnes Keith House
Semua sedia maklum Sabah negeri di bawah bayu. Tapi tahu tak uolls yang dari mana datangnya 'Sabah di bawah bayu' tersebut? It all cames from one book which is wrote by Agnes Keith entitled 'The land below the wind'.. Novel ni banyak menang award. So, di situ lah datangnya 'negeri di bawah bayu'. Agnes Keith ni seorang penulis buku dan antara buku-buku lain yang ditulis adalah 'three came home' dan 'white man returns'. Pada sesiapa yang minat sejarah dan penulisan, u should go here.. Di sana ada juga menjual tiga buku-buku tersebut pada harga RM200 utk ketiga-tiga buku.

 
Dalam rumah Agnes Keith ni masih ada perabot-perabot yang ditinggalkan dan susunan perabot juga masih sama seperti dahulu.
 
7) Sandakan Memorial Park
Againnnn.. for those who love history, you should go here.. Actually taman ni biasa je.. Just dekat sini adalah tapak semasa perang dunia ke-2 dulu. So, still ada bekas-bekas  tapak peninggalan tentera-tentera dulu. Sebenarnya tak ada apa sangat pun. Sebab ianya taman yang besar dan lenguh jugak kaki nak berjalan. Tapi dah alang-alang sampai, apa salahnya kan?
 
Jangan sampai kita lupakan. Nice words!

 Dalam rumah ni ada all the information tentang zaman perang dulu. Menarik, tertarik!

 
 
8) D'sandakan seafood paradise
Jujur bila dah sampai di Sandakan, makanan diorang lain citarasa dengan kita. Bagi mereka, makanan tu dah cukup sedap. Tapi bagi kita sebaliknya.. Kadang-kadang rasa teringin nak makan makanan semenanjung. Macam tomyam kan.. Ini asyik-asyik ikan bakarrrrr je.. Boring jugaklah kan.. So, i want to recommend this restaurant to you! D'Sandakan seafood paradise!! highly recommended!! seriously!!!! Boleh tak kata lagi sedap dari semenanjung?? Seriously!! Memang sedaaaaappppp sangat!! Harga berpatutan. Tak murah, dan tak mahal. Tomyam memang superb!! Udang goreng butter, sotong goreng tepung telur masin (lupa dah exactly namanye).. Memang sedap!! And owner dia husband n wife memang sangat peramah. Restaurant ni ala-ala chinese style.. Tak tahu nak kata apa, tapi kene try makan dulu, baru tahu sedap ke tak!
 

Haa.. Tengok tu, masa kami makan tu restaurant fully booked sebab father's day!  Kami sempat jugaklah berposing sebab owner tu kata nak masukkan dalam facebook. Tapi memang best, sedap, berbaloi dan kenyang! Kat semenanjung pun tak dapat sedap macam ni. Semua makanan yang dihidangkan sangat banyak dan fresh! ahhh.. tak tahu la nak kata macam mana lagi! You should try!
 
Okay lah.. Rasanya ini sahaja la kot. Sandakan ni tak adalah besar sangat. Pi balik, pi balik tang tu jugak! Pendek kata percutian yang sangat menarik dan best!
 
(All pictures are creadit to google image.. Again.. Tak sempat nak bergambar bagai)

No comments:

Post a Comment