Pages

Monday 24 June 2013

Kisah rumpai laut

Assalamualaikum..

Berbalik pada kisah di Sandakan. Disebabkan rumpai laut di sana tersangatlah mughahh, so saya pun decide untuk beli (dah alang-alang murah kan. Sebab di semenanjung mahal). Saya beli rumpai laut yang warna hijau (gred AAAA kot). Dengar kata yang paling baik sebab lebih banyak klorofilnye.. Kebanyakan menjual rumpai laut warna hijau ni 1kg paling murah RM 13 sehabis diskaun. Tapi saya dapat membeli pada harga RM10 untuk 1kg. Boleh la kan.. Kononnya rumpai laut ni merupakan kologen asli. Saya pun tak pasti sahih ke tidak. Ok, bila dah sampai ke rumah saya pun masak lah rumpai laut ni.. Cara masak dia agak leceh skit sebab banyak step-step nya.

Okay begini ye cara masaknya tuan-tuan dan puan-puan.

(Creadit to google image)
 
1) Mula-mula kena basuh 2-3 kali macam basuh beras.
2) Rendam dalam 8 jam.
3) Rebus dengan air
4)Biarkan mendidih dan rumpai laut cair macam agar-agar
5) Boleh menikmati. Simpan dalam peti ais.
 
Beginilah lebih kurang cara penyediaan nya. Saya pun apa lagi, balik dari Sandakan je terus bersungguh-sungguhlah ikut cara penyediaan ni. Memang tak termissed step lah.. Tapi yang saya silap adalah saya tak sukat amount of rumpai laut ni dan berapa litre air perlu ditambah semasa proses merebus tu. Saya pakai cedok rumpai laut yang kering ni dengan tangan dan saya pakai tambah je air ikut suka hati. And it end up like this:
 
 
euwwww right? hahahha.. berketul-ketul dan warna pun tak menarik. Saya tambah sikit daun pandan konon nak hilang hanyir rumpai laut, tapi macam tak ada kesan pun. Dan ianya sangatttttt banyak!!!! Rupanya rumpai laut ni akan mengembang bila kita dah rendam dengan air. Masa mula-mula saya rendam tu nampak macam sikit, so saya tambah lagi rumpai laut, then tambah lagi sampai penuh besen. Tetiba bila dah rendam, rumpai laut ni mengembang dan bila direbus, jadilah seperti di atas. So, saya amik rumpai laut yang tak berketul-ketul tu masuk dalam dua bekas. Yang lain tu semua saya buang! Rugi kan??? Sebab banyak sangatttt!!



Perasan tak bekas pertama yang warna hijau tu saya amik raw terus lepas rebus tu. Itu untuk saya buat masker muka. Dan bekas yang kedua tu saya tambah sikit sunquick biar rasa sedap. Itu untuk makan. Honestly, saya baru makan sekali je sebab tak tahan dengan rasa nya. Itu pun satu sudu.. Tak boleh masuk kat tekak!! Walaupun dah tambah sunquick dan masuk peti ais. Dan walaupun masa saya makan tu, saya bayangkan saya makan agar-agar oren, dan sambil makan tutup hidung tapi still tak boleh masuk jugak!! hmmm.. Hanyirr lah.. i wonder those yang boleh makan dan kata sedap tu, betul ke sedap??? Kenapa saya tak boleh makan?? Ke, saya masak tak sedap! hahaha..
Untuk rumpai laut yang buat masker tu okaylah.. Memang sejuk je bila letak kan muka. Tapi saya baru buat 2x.. Hahaha..

Okay saya ada lebih lagi rumpai laut kering almost 700g kot. Ada sesiapa berminat?? Saya sangat baik hati nak menyedekahkan pada sesiapa yang berminat dan suka makan rumpai laut ni. Saya bagi FOC.. Lagi best kalau anda tinggal di area Tronoh, Perak. Saya boleh bagi by hand terus! Betul, sebab kalau tak, memang tong sampah lah alamatnya..
Bukan nya saya nak memburuk-burukkan rumpai laut ni, mungkin cara saya masak salah dan tekak saya sendiri tak boleh terima rasa rumpai laut ni. Dan mungkin tekak uolls boleh terima dan tekak uolls kata sedap!! Mana tahu kan? So... anyone interested??


 

1 comment: