Pages

Sunday 27 November 2016

Day 4- Nami Island and Myeondong. Cara ke Nami island

Untuk hari ke 4 ni, kami ke Nami Island. Sebenarnya, untuk ke Nami ni, kena check whether forecast dulu.. Sebab ni aktiviti luar. Kalau hujan, rugi pergi.. So, bila sampai sana susun jadual supaya hari nak ke Nami ni, tak hujan dan cuaca baik.. begitu juga jika ke Everland.. Terdapat 3 cara untuk ke Nami Island ni..
1) By subway
Ini paling budget dan mencabar. Sangat lah tidak sesuai untuk family yang complete dengan baby, kids dan org tua.. Sebab nak Nami ni, jauh jugak.. Dalam 4 subway jugak la tukar line.. Itu baru pergi, belum balik lagi.. Tapi low cost la..
2) By shuttle bus
Untuk naik shuttle bus ni kena booking dulu.. Boleh booking di Naminara website. Kat sini dia bagitahu waktu pickup di mana.. Pada mulanya kami nak ikut kaedah ni.. Yelah, mudahkan.. Tapi sebab kami tak sempat nak call dan booking.. Dan malas nak cari bus stop yang dia suruh jumpa tu, so kami pilih kaedah ke tiga.. Tapikan, rupa2nya, bus stop dia ni di Tapgol park di Insadong sangat dekat dengan hostel kami... Laaaaa... baru tahu bila kami jalan-jalan sekitar insadong, dan ternampak banyak bas parking di tepi taman tu.. Rupanya itulah Tapgol park.. Dekat sangat dengan hostel kami.. Tapi takpelah, lagipun kami tak booking.. So kami pilih kaedah ke 3 iaitu pakai ITX
3) By ITX
Ok ini pun praktikal jugak untuk family jika nak ke Nami Island.. Ada 2 station boleh naik jika nak ke Gapyeong station (Nami Island). Sama ada Yongsan station atau Cheonganyani station. Bergantung pada jarak hostel  ke station tersebut.. Jika dari cheongyangni ke Gapyeong dalam 40 minit je, kalau Yongsan dalam sejam jugak kot sebab Yongsan jauh skit.. Disebabkan kami duduk di Jongno maka mudah sangat jika nak ke Cheongyangni station.. Tak perlu tukar line pun.. straight line. Rasanya line 1 kot.. Selang 4 stop rasanya.. Tapi jika nak naik ITX ni kena booking or beli tiket siap-siap.. Kami beli lewat.. Esoknya nak pergi, malam sebelum tu baru beli tiket.. So, masa pergi kami tak ada seat.. So berdirilah selama 40 minit.. Tapi tiket murah sikit berbanding yang ada seat.. Train ni terus ke Gapyeong, tak ada stop station lain.. Rasanya dia stop satu dua tempat je.. Bukan mcm subway la.. Kami masa ni, duduk bersila je atas lantai.. Ada yang duduk ditangga.. Begitulah.. Sapa suruh lambat beli tiket kan.. hehe.. Tapi masa balik tu, kami dapat seat.. Alhamdulillah..

Kami bertolak 9.30am dan balik train 3.30pm. So makesure, tak terlepas train tau.. Kami sengaja balik awal sikit sebab taknak sampai malam kat hostel.. Bila dah sampai di gapyeong station, untuk ke Nami boleh naik bus atau teksi.. Untuk yang ini, saya suggestkan pilihla teksi.. Bukan apa, bus yang disediakan bukan shuttle bus ke straight to Nami tau. Itu bus awam. So kita pun tak tahu bus stop kat mana.. and bus tu pusing kampung  dulu.. So, naik je teksi. Jimat masa.. Nak naik teksi pun beratur panjang tau. Tapi jgn risau sebab teksi banyak..
Bila dah sampai ke Nami Island, kena beli tiket. Rasanya 8000 won sebab foreigner. Masa tu punyalah ramaiiiiiiii.. Kami sengaja pergi hari isnin bukan weekend sbb nak elak ramainya manusia.. Sekali ramai jugak.. Dengan rombongan sekolah la apa la.. And bila dah beli tiket, kena naik cruise utk ke sana.. Time tu beratur tak payah cakaplah, memang panjang, penuh! Boat pun tak banyak.. Tapi jgn risau sebab dia cepat. Ramai boleh masuk dalam satu cruise.. So, takla slow beratur tunggu turn..
Bila sampai Nami, kami terus amik shuttel taxi utk pusing satu pulau. Ok jugak la.. Kat sini mudah sebab boleh solat.. Di sediakan surau dan ada makanan halal.. Kami makan di Asean Cuisine. Nasib kami makan awal jugak. Itupun hampir pukul 12 kot.. Kalau tak, penuh.. masa kami tengah makan, rupanya ramai yang beratur tunggu di luar. Kat Asean Cuisine ni ada bilik solat. So lepas makan terus solat.. Selesai solat aktiviti bergambar la kan.. Kami pakat dengan mak abah tunggu di boat pukul 1.45 ke pukul 2 sebab nak kejar train kul 3.30. Nasib tunggu awal sebab masa nak balik, kena beratur jugak naik cruise.. Bila dah sampai seberang sana, beratur naik teksi pulak. So, plan timing siap2 k.. Masa kami pun just nice je untuk berposing bergambar kat sana..
So, kami sampai ke hostel dalam pukul 5 jugak.. Sempatla untuk solat asar dan berehat.. Tapi kami lepas solat, sambung berjalan ke Insadong street.. Sebab dekat je dengan hostel kami. 5 minit jalan kaki.. Lepas maghrib, malam tu kami ke Myeondong..
Nak ke Myeondong, kami naik teksi je.. haha, mudah! malas nak tukar2 line.. Di Myeondong ni syurga fashion and cosmetic la.. Punya la banyak kedai cosmetic. Kat situ pun banyak jugak yang jual makanan halal.. So, malam tu kami beli je, kebab and ada jugak kuih-kuih dan makanan yang boleh di makan.. Bak kata orang kat sana, kalau dia jual semuanya fish, beli je.. boleh makan.. Tapi kalau orang tu jual campur fish and meat, memang tak boleh la.. So, kat sini saya beli mask, aloevera gel tu untuk souvenir untuk kakak2 saya.. mask sangatlah murah.. Beli banyak-banyak boleh bagi sorang sekeping dua..
So layan gambar2 dibawah ni ya

So, inilah cruise nya untuk ke Nami..


Ini shuttle taxi yang saya kata tu.. cost dah lupa.. Tapi dalam 3000 won kot adult












Okay, ini Gapyeong station. Tunggu train nak balik..


Ini Insadong street.. Sempat jugaklah ke sini lepas balik dari Nami.

Tu tengok Delisha tu.. Memang penat habis.. Tidur macam tu.. kesian betul.. Nak buat macamana mak bapak kaki jalan.. Suruh duduk hostel ikut atok uwan, taknak..

Ini Myeondong street.. Malam tu lepas maghrib, kami ke sini.. Punyalah ramai umat manusia... 

Okay, cukuplah.. Nanti sambung lain k.

No comments:

Post a Comment