Pages

Wednesday 22 November 2017

Akhirnya.. Alhamdulillah.. My PhD is finally done!

Salam guys..

Rasanya setahun lebih dah kot tak update langsung! Tak jenguk langsung! Tak ambil tahu langsung pasal blog ni. So, harini tetibe macam teringat and terpikir jugak, apa jadi kat blog ni.. Rupanya masih ada tak hilang mana (of kos lah kan).. hahaha
Kenapa langsung tak update?
Masa tu saya ampunnn busy ya amat. Busy dengan thesis writing, analysis data, paper published dan semuanya lah yang bersangkut paut dengan thesis dan PhD.
So, apa citer dengan semua yang di busy kan tu?  Ada outcome tak? Dah kalau busy tapi takde output pun tak guna jugak kan?

Alhamdulillah.. Saya dah lulus PhD saya. weehhoooo... Viva voce pada 18 August 2017. External adalah Prof. Latif Ahmad dari USM dan Internal saya AP. Dr. Maizatul Shima dari UTP. Alhamdulillah.. Semuanya berjalan lancar dan sangat tenang.. Seminggu sebelum tu, bila dapat email pasal viva tu memang dah mula lah gabra bagai. Memang gabra, nervous semua usah cakap lah. Memang dupdapdupdap... Padahal memang dah tunggu dengan sangaaaat lama kot nak viva ni.. I'd waited like 6 months kot. I submitted my soft bound thesis on March 2017.. Usually it will only take like 3 months jee.. Sekali bulan 8 daaa.. Lepas tu pulak, kalau nak konvo tahun ni, kena submit thesis hard bound before September.. So memang tak sempatlah kan nak hantar before that.. So, terpaksalah tunggu tahun depan untuk konvo. Tak apalah.. rezeki Allah swt dah tetapkan.. So redha je lah..

Alhamdulillah.. I did my best (kot?) during my viva presentation. Langsung tak nervous.. rasa macam sangat tenang. Even masa Q&A pun berlansung dengan sangat tenang and it was more like a discussion session. Alhamdulillah sangat Allah permudahkan segala.. Rasanya bila kita betul betul tawakal, berserah pada Allah after what have you done, memang Allah swt akan permudahkan. I still remember, my viva voce was on Friday, evening on 3pm. On the morning, i felt so nervous sampai macam nak termuntah.. Then masa rehat jumaat yang lama tu, after zohor, i recited the Quran. Habiskan surah Al-Kahfi. Alone in the office. Solat hajat mintak doa segala and then suddenly i felt like so energized. Tenang. Hilang semua gemuruh, hilang! Alhamdullillah.. Sampailah ke viva presentation, the Q&A session.. Sangat tenang dan bergembira. Siap gelak-gelak bagai with the examiner.. It was just more to a discussion. Alhamdullilah.. Allah permudahkan..


So, this is my center CORIL, UTP. Before I'd submitted my hardbound to CGS. Haruslah posing sekejap.


Well, my hard bound thesis front page looks like.. Poyo je kan, ini pun nak letak. Eh haruslah.. PhD sekali seumur hidup kot. And more to my memories 


This is me with my kids Delisha and Adib, on the morning of viva voce day. Luckily my viva is in evening..


Alhamdullillah.. Finally. Done! My viva is officially done.

Dulukan, masa tengah struggle dengan thesis and research, i always thought that what if i do not finish this? What if I just stop and quit? What does it feel when I finished my viva? Am i crying? Am i terus sujud syukur once they told me that i've passed? 
Tapi kan... Bila dah lalui semua tu, once the chairman said congratulation Dr Maisara, you pass your PhD.. What i did was, i just said Alhamdulillah smile and anggur angguk je and said thank you to the external, internal, the chairman.. and to everyone.. Lepas tu kan, blur.. blur... blur... still blur.. Macam tak percaya dah lepas! Macam tak percaya that I've survived! Macam tak percaya that I have passed my PhD after what I have gone through.. Seriously.. My viva finish on 5.30 pm.. After settled everything, i left the room and realized that I haven't done my Asar yet.. Then, after that, i was crying like a baby, performed my sujud syukur and thanks to Allah SWT.. Seriously.. Betul-betul rasa dipermudahkan.. Rasa Allah betul-betul sayang sebab apa yang dihajati selama ni, tercapai.. Alhamdulillah...

Dulukan bagi saya, cukuplah setakat degree.. Sekali terjebak sambung master.. Bila dah ada master, cukuplah.. Tak sanggup nak buat PhD sebab luka master dulu masih terasa.. Sungguh aturan Allah itu maha hebat. Dia letakkan suami saya bekerja di Ipoh Perak, dan kami menetap di sini dan saya dapat peluang bekerja di UTP dan kemudian sambung PhD. Dan kini, selesai sudah semuanya..

My husband, he is very supportive. Sangat terbaik! Sangat mendorong! I would say that this if for him! For his support! Thank you abang! Sungguh bersyukur dapat dia..

Alhamdulillah for this also..

Thanks

No comments:

Post a Comment