Pages

Thursday 16 May 2013

Junk food popular 90's

Assalamualaikum semua.
 
Haritu saya dah promise kan untuk cerita pasal makanan / jajan yang popular di kalangan kanak-kanak riang macam kami ni. Jajan is not good for health!  i know but somehow it is really tempting! hahaha.. like kadang-kadang tiba-tiba kita teringin nak makan something kan. Pendek kata kempunan la pulak.. Huhu.. so, check this out. Maybe jajan2 di bawah ni hanya popular pada saya dan mungkin tidak pada anda kan. So, it depends.
 
I'm not sure what you guys call this. Tapi saya panggil asam keping. Bila dah besar ni, i get confused with asam keping yang kat dapur org buat masak-masak tu. haha
 
Tora datang lagi!!  Dulu, Tora dan Ding Dang ni kategori jajan mahal jugak la kan. Sebab harga dia RM1. Dulu RM1 ni boleh kata mahal jugak la. Sebab biasanya cekedis biasa just 20sen, 30 sen je. Tora ni mahal sebab ada mainan dan coklat dalam dia. Masa kami dulu, kami beli just nak mainan je coz coklat bulat2 dia tu takdelah sedap sangat. Kadang dah lemau. But then i realized that the toy pun bukan best pun! hahaha.. Kalau tak silap, siap ada iklan Tora and Ding Dang lagi kat TV memperkenalkan setiap mainan baru diorang. Haha
 
 
Aiskrim 20 sen. Macam-macam perisa ada. Dulu sebatang aiskrim ni kami akan kepak kan jadi 2. So, sebelah lagi kasi kakak atau adik. Jimat sangat kan. Terkenang betapa berharganya nilai 20 sen dulu.
 
Ingat lagi tak chewing gum ni? Harga dulu 30 sen je kalo tak silap. Ada macam2 perisa. Saya suka perisa anggur dan strawberi.
 
 
Gula-gula ni pun sangat fames satu masa dahulu. 10sen dapat 2 biji. Kadang-kadang 10sen dapat 3 biji.
 
 
 
Lagi satu wafer coklat yang sangat popular adalah wafer coklat jenis ni. Entahlah, dulu maybe tak pernah dengar atau belum wujud lagi atau tak tahu tentang wafer coklat cadbury ke apa ke. Memang tahu yang ini sahaja. Dan sangat lah sedap pada masa itu melainkan kalau dah masuk angin.
 
 
Okay? Agak-agak saya yang popular bagi saya ini lah kot. Eh, lagi satu yang sangat popular yang memang jadi trend pada satu masa dahulu adalah ini. I know ini bukan junk food, cuma tetibe teringat yang kami adik-beradik memang penggemar komik ini.
 
 
Dulu kami simpan buat koleksi siri 1-43. Tapi last skali hilang entah ke mana. Dulu setiap hari menanti siri keluaran terbaru. Yang selalu beli komik ni adik saya. So, bila dia beli je komik ni, me and my sisters akan berebut-berebut chop next--- So, akan beratur siapa baca dulu, then siapa, then siapa.. No curik-curik baca. No kau baca, aku tumpang baca sebelah. No baca sama-sama. We olls memang kedekut! hahaha. Kadang-kadang tu saja je baca slow-slow. Bagi diorang tension menunggu! Hahaha.. Tapi memang kenangan kan? Siapa ada all the series? I nak beli.. boleh?
 
Kenangan-kenangan zaman kanak-kanak memang menjadi memori. Now, we all semua dah besar. Semua dah kahwin dah beranak pinak. Allah, cepat betul masa berlalu..
 
Pejam celik--pejam celik--
 
 

No comments:

Post a Comment