Pages

Thursday 22 September 2016

Kisah ragam anak.

Bila anak meragam ni, mama paling risau.

Saya tak tahu kenapa anak-anak saya (Delisha dan Adib) jenis yang dua-dua meragam masa peringkat baby ni (setahun kebawah). Saya masih ingat Delisha dulu meragam paling hebat. Semua orang dia tak nak termasuklah babah nya. Dia hanya mahukan saya sahaja! Mama nya! Masa tu kalau nak mandi, masak, solat, makan, memang semua buat express!! Sebab Delisha dah teriak tahap teruk. Walaupun babah nya dukung, pujuk, main memang dia taknak lansung! Lansung taknak! Apatah lagi dengan atuk, wan dan opahnya. Memangla menangis tak berlagu.. Even kalau hantar pengasuh pun, memang dia hanya nak dengan pengasuh tu je. Saya panggil kak Pah. Dengan anak-anak kak Pah pun dia taknak. Allah kesian kak Pah. Selalu mengadu penat jaga Delisha. Tapi nak buat macam mana, itulah budak kecik. Makin lama makin pandai. Bila dah pandai kenal orang, mula lah dah pandai memilih orang kan..? Tapi episod tu hanya berterusan selama setahun je. Bila Delisha dah pandai berjalan, Alhamdulillah, dia dah nak dengan orang, dia dah pandai bermain dengan babah nya. Almaklumlah baru dapat kaki. Seronok berjalan sana-sini. Time tu, mama nya pun dia dah tak kisah dah.. 
And now episod ni berulang kembali. Di mana Adib pun sama. Tapi Adib kurang meragam dari Delisha. Dia tak kisah dengan orang (certain orang dia kisah jugak). Tapi dia masih nak dengan babah nya, atuk, wan , opah nya, dan orang-orang yang familiar. Misalnya kalau saya nak solat, mandi, masak bagai, babah nya masih boleh kawal Adib. Tapi Adib ni masih ada perangai meragamnya bila mana dia nak orang sentiasa ada dengan dia. Kalau kita tak main dengan dia, atau tinggalkan dia, mula lah menangis, teriak! Adib ni jenis kalau teriak macam tak ada esok! Semahu-mahu kuat suaranya! Siap meneran-neran lagi. Menjerit macam kena dera. Haiii... Takpelah, itu lah nama nya anak kan? 
Tapi bila pengasuh Adib dah taknak mengasuh Adib lagi, saya sedih. Tak tahu kenapa. Bila dia kata dia taknak mengasuh Adib sebab Adib jenis kuat menangis, teriak, saya sedih.. Saya tahu dia tak larat jaga 2 orang budak. Yang lagi seorang pun baru umur setahun yang baru nak belajar berjalan. Bila dua-dua meragam, memang tak larat dibuatnya, Saya yang jaga Adib seorang pun, saya tak larat inikan pulak jaga dua orang budak yang nak membesar dengan pelbagai ragam.. Saya faham. Bila dia kata dia tak larat nak jaga Adib, saya faham. Tapi tak tahu kenapa jauh di sudut hati saya, saya sedih.. Bila dia bagitahu dah tak nak jaga Adib, saya tahan air mata saya jangan jatuh. Tapi sampai je kat kereta, Allah banjir....... Sedih bila dia tak nak jaga Adib. Sedih bila kenangkan Adib yang suka sengih (tak padan dengan kuat ragamnya).. Sedih bila nak kena cari pengasuh baru yang nak jaga Adib (entah boleh atau tidak dia tahan perangai Adib)..  Tapi bila saya letakkan diri saya ditempat kak Ju pun saya faham. Bila dia kata tak larat sebab jaga dua orang budak.. Saya faham. Tapi sedih.. Mungkin sedih sebab saya berharap yang kak Ju boleh tolong jaga Adib sampai Adib besar. Mungkin juga sedih sebab saya memang senang sangat dengan cara kak Ju jaga Adib.. Mudah bagi saya..
Cuma kalau kak Ju bertahan sikit.. siiiiikiiiiittt je lagi, memandangkan yang lagi sorang budak tu pun tengah bertatih nak berjalan. Bila dia dah pandai jalan, InsyaAllah, kurang ragamnya. Tapi takpe lah.. Saya redha. Saya faham bila dia kata tak larat. Maksudnya memang tak larat. Kita pun tahu perangai anak kita macam mana kan?
Cuma, saya sedih bila mengenangkan Adib yang bakal di jaga oleh entah siapa-siapa. Macam mana asuhan nya nanti. Ok ke Adib? Boleh ke pengasuh baru tu tahan dengan perangai Adib? Allah.. Saya hanya mampu berdoa yang terbaik buat anak-anak saya. Yang lain kita tawakal pada Allah.

Ni belanja sikit gambar Adib Daniel mama.





No comments:

Post a Comment